Sunday, 27 May 2012

InTo The Battlefield !


My Fellow Friends
After a long holiday after SPM
WE ARE BACK
LET'S MARCH TOGETHER
INTO THE BATTLEFIELD

sahabat : bro? kite nak pegi berjihad  ke ape?
ana : yeah...kita akan berjihad...bersama2... mari ikot saye
sahabat : aku x redy lagi la...mane reti pegang senjata lagi..
ana : always remember.... islamic jihad is not only in the battlefield... we do it with our mind and intelligence.. lets become an ALIM MUJAHID...dengan hanya pen da pensil..kita pasti akan berjaya menakluk dunia

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Yang Esa untuk bernafas pada hari ini dan meberi peluang untuk ana menulis blog ini. Seperti yang kita semua tahu, sekarang ialah musim masuk universiti dan ana sendiri insyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke UITM Bukit Mertajam dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tujuan ana menulis blog ini ialah untuk mengingatkan sahabat-sahabat ana yang kita sebenarnya sedang berjihad. Yeah, kebanyakan orang mengatakan berjihad itu hanya dalam medan peperangan. Marilah kita berjuang dalam medan pendidikan, mengubah nasib umat islam zaman sekarang. Persoalannya, apakah realiti umat islam zaman sekarang?

REALITI UMAT ISLAM DI MALAYSIA
ARAK DAN HIBURAN
SEKS BEBAS
NAJIS DADAH
LUMBA HARAM
PERGAULAN BEBAS
GEJALA SOSIAL

INI LAH REALITI BUKAN FANTASI

NASIB MUSLIM HARI INI

ISLAM JAUH DARI DIRI

DIHANYUT KESERONOKAN DUNIAWI

MARI MULAKAN KEMBARA MENCARI ISLAM SEBENAR



MULAKAN DENGAN MATA PENA

Sudah tidak dinafikan lagi, orang islam di malaysia terutamanya remaja yang bakal memimpin negara kita pada masa hadapan kebanyakannya sudah jauh hanyut dalam dunia hiburan tanpa mengambil peduli ukhrawi yang bakal ditempuhi. Bagaimana dahulu umat islam dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. Hanya bermula dengan sebuah wahyu yang disampaikan Jibrail A.s kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

kisah bermula 1400 tahun yang lalu............ Jibrail memberi wahyu kepada Nabi Muhammad

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan” (ayat 1)
“Menciptakan manusia dari segumpal darah” (ayat 2)
“Bacalah, dan tuhanmu itu adalah maha mulia” (ayat 3)
“Dia yang mengajarkan dengan kalam” (ayat 4)
“Mengajari manusia apa-apa yang dia tidak tahu” (Ayat 5)
(AL-ALAQ 1-5)

Mengimbau kembali saat wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. BACALAH! BACALAH! .....itulah tuntutan pertama yang diwajibkan ke atas umat islam iaitu menuntut ilmu. Yakni Allah menyeru semua umat-umat islam untuk menuntut ilmu bagi memastikan agama islam sebagai agama yang hebat. Tanpa ilmu, islam tidak akan sampai ke pelosok dunia. Oleh itu, semua umat islam diwajibkan menuntut ilmu.

Maka dari wahyu itu, tersebarnya islam ke seluruh dunia dan lahirlah kerajaan islam yang hebat. Lahirnya Khulafa' Arrasyidin. Kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan Bani Abbasiyah. dan yang terakhir Kerajaan Bani Utmaniyah. Kerana lahirnya kerajaan-kerajaan hebat inilah , lahirnya zaman renainsance yang mana pihak barat mencedok ilmu-ilmu dari alim mujahid islam sehingga jatuhnya satu persatu kerajaan hebat ini.


1187 Masihi....

Salahuddih Al-Ayubi berjaya menyatukan umat islam untuk menawan Baitul Maqdis. Pada 1192 Masihi, Eropah menghantar satu lagi pasukan yang lebih besar untuk menawan kembali Baitul Maqdis, tetapi gagal.

1453 masihi....

Sultan Muhammad Al-Fateh menawan konstatinopel. Baginda berjaya menawanya dalam usia 24 tahun. Bagindalah yang dimaksudkan dalam hadis nabi sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu.

Itulah antara sejarah terbesar dalam umat islam. Namun sistem khilafah runtuh pada tahun 1924. Umat-umat islam sedunia seakan-akan kehilangan arah. Sehinggalah ke saat ini.........




"Islam mula tersebar dalam keadaan asing, maka ia akan kembali asing,Maka beruntunglah orang-orang yang asing"(hadis riwayat bukhari)


AKU MELIHAT ORANG-ORANG ISLAM
IBARAT DIGENGGAM BELENGGU ORANG-ORANG KAFIR
AKHIRAT MEREKA LUPUT...DUNIA TERCICIR
BUDAYA JAHIL TIDAK DIAMBIL PEDULI
MELAMPAU-LAMPAU DALAM HIBURAN
KHAYALAN KETERLALUAN
LUAS...LUAS MEMBANJIR
BAGHDAD.....CORDOVA.... ANDALUS....MELAKA....
HILANG....DITELAN ZAMAN
RAMAI ORANG KATA...SEJARAH INI IBARAT PENTAS WAYANG
CERITA-CERITA PANJANG.DIULANG...ULANG KEMBALI
JADI.....TIDAKLAH MUSTAHIL...
UNTUK GILIRAN ISLAM YANG MENDATANG
TAMADUN KITA YANG LAMA DAHULU MENGHILANG
HIDUP SEMULA....KEMBALI SEGAR BUGAR...
TERBENTANG...DI DUNIA YANG LUAS
                                              SAJAK DARI HAMBA ALLAH

 sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (AL HAJJ:40)

 Andainya Allah menolong kamu (tentu sekali) tiada sesiapa dapat mengalahkan kamu dan andainya Dia (Allah) membiarkan kamu, maka siapakah lagi yang mampu menolong kamu sesudah itu? (Oleh yang demikian) orang yang beriman hendaklah bertawakal kepada Allah semata-mata.(ALIMRAN:160)

PERJUANGAN INI BERMULA DENGAN SEORANG
DISAMBUNG PARA SAHABAT
TERSEBAR KE SELURUH DUNIA
UMAYYAH
ABBASIYAH
UTHMANIYAH

di manakah pengganti saidina umar al-khatab?
mana sultan muhammah al fateh alaf 21?
mana penakluk baitul maqdis alaf 21 seperti salahuddin al-ayubi?
di mana wanita-wanita solehah bak saidatina aisyah?
mana pengganti Fatimah Az Zahra'

di bumi baru kita bermula. perjuangan kita untuk agama. umat islam harus bangkit semula. sejarah telah membuktikan ISLAM itu hebat. jangan lupa akan sejarah....belajar melalui sejarah!

those who does'nt remember the past are codemned to repeat it(george santayana)


ARE YOU READY?

INTO THE BATTLEFIELD!

BERMULA DENGAN MATA PENA
MARI KITA MENAKLUK DUNIA


IKHLAS DARI

AMIN REDZUAN
ASSALAMUALAIKUM
PREPARE....GET READY...LET'S MARCH INTO THE BATTLEFIELD

Wednesday, 25 April 2012

Cabaran Selepas Sekolah. Masih Adakah Islam Kita?

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh... Alhamdulillah.. dapat lagi merasa nikmat untuk hidup. pertama sekali ingin diucapkan kata-kata kemaafan akibat sudah terlalu lama tidak meng'update' blog. result spm? ana hanya mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH. walau apa pun result yang kita perolehi. ucaplah Alhamdulillah. sentiasa bersangka baik dengan Allah. terima lah dengan hati yang terbuka. insyaAllah Allah akan menganugerahkan lagi result yang power2 kat universiti nanti kalau kita belajar bersyukur. anggaplah A yang anda dapat tu hadiah daripada Allah. biasalah kalau manusia, sentiasa tengok kat B dengan C tu. tak pernah-pernah bersyukur dengan A yang pernah kita dapat kan?
Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Allah ada berfirman di dalam Al Quran: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Baiklah. kembali kepada tajuk di atas. jika antum berada di sekolah sekarang. bagaimanakah kehidupan anda? adakah ia masih sama di rumah? adakah antum masih menjalankan aktiviti-aktiviti rohaniah yang antum selalu lakukan? adakah iman antum semua masih kekal kuat? ana melihat selepas tamatnya SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau SPM. ada sesetengah sahabat-sahabat ana di MUKABUKA menunjukkan BELANG mereka. ada yang sudah mula tidak berpakaian menutup aurat. ada yang sudah mula meletakkan status IN A RELATIONSHIP dengan berani nya. ada yang dahulu merupakan seorang ahli dakwah sekolah, hebat berkata-kata di hadapan khalayak ramai tetapi melakukan perkara yang diperkatakan dahulu. ustaz ana sendiri pernah cakap yang golongan-golongan macam inilah yang akan meng'spoil'kan dakwah islamiyah. mereka yang dahulu yang lantang berkata-kata tetapi akhirnya haprak di pertengahan jalan. 



HIJRAHLAH MENUJU ISLAM SEJATI





apabila keluar nya kita dari PENJARA sekolah, hidup ini terasa bebas. rasa macam tidak terikat dengan mana-mana undang -undang sekolah. kalau dekat sekolah dahulu,wajib sembahyang. tapi sekarang keluar sekolah tiada siapa yang peduli da. kalau kat sekolah dahulu, tak boleh keluar dating ngan awek atau bf. tetapi sekarang, tiada siapa da pun nak tegur. sanggup tu datang naik bas jauh-jauh semata-mata nak jumpa pakwe makwe. rindu la katekan. kalau kat sekolah dahulu, nak main bola pun kene pakai seluar panjang, kalau takde seluar panjang pun seluar tight ada. tapi bila di luar, kadang-kadang pakai boxer pun ada. kalau kat sekolah dahulu, tudung kene labuh. tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata. tapi sekarang....amboih! tu dia haa.. ! tudung singkat.. nampak body shape...baju ketat... fesyen nak yang trend terkini saja. 

Apabila keluar sahaja dari alam persekolahan, kita mesti tahu membawa diri. Mesti bijak merangka masa depan. Jangan merangka masa depan yang tidak pasti seperti merencana cinta dongeng sekolah menengah. Bagi mereka yang mempunyai ilmu-ilmu agama, sebarkan, jangan sesekali disimpan. Bagi mereka yang mempunyai masa lebih, tuntutlah ilmu agama di mana-mana. Jangan sesekali biarkan diri kita hanyut. Mesti selalu di'recharge' iman kita. Mesti ingat tanggungjawab kita sebagai mahasiswa muslim pada masa hadapan. Tanggungjawab kita untuk keluarga,masyarakat dan bangsa. Mari buktikan kemampuan kita sebenar. Bawalah panji-panji islam di mana-mana IPT anda nanti. Tidak kira di dalam ataupun di luar negara, jadilah muslim sejati. Janganlah sesekali lupa diri dan sentiasa ingat setiap yang kita ada semuanya hak milik Allah. Jika anda merupakan seorang pendakwah di sekolah anda dahulu, teruskan perjuangan anda. Gunalah pengalaman anda semua, bersama mencari REDHA ALLAH!! Bersama membantu agama Allah.
ALWAYS REMEMBER ALBAQARAH:286
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah pasti membantu orang yang menolong (agama)-Nya.(ALHAJJ:41)

SEKIAN
KHAS DIBAWAKAN DARI 
KARANGAN SANG PENCINTA
ASSALAMUALAIKUM
=)

Thursday, 15 March 2012

7 PETALA CINTA





bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. Alhamdulillah dapat lagi aku menghirup udara segar. musim hujan baru sahaja berlalu dan jangan terkejut sangat lah kalau ipoh banjir pun boleh masuk berita. ketentuan Allah . siapa boleh lawan. oke. hari ni aku nak sebut pasal satu perkataan keramat. mat jiwang dan minah novel tentu sekali menyukai satu perkataan iaitu C.I.N.T.A




ya. cinta itu indah. masakan tidak ramai yang mati kerana cinta. cinta yang tidak tenilai harganya boleh menjadi murah sekiranya manusia tidak menggunakan cinta itu dengan sebaik mungkin. ada yang menjual cintanya kepada nafsu. ada yang menjual cintanya kepada iblis dan syaitan. hakikatnya, cinta itu adalah anugerah Tuhan yang besar. dan bagi mereka yang reti menggunakan cinta itu, mereka akan mendapati suatu kelazatan iaitu kelazatan mencari cinta ALLAH.




bagi mereka yang tidak menggunakan dengan sebaiknya, maka ia akan menghanyutkan manusia ke arah yang salah, ke arah yang tragis, maka berlakulah kes lari dari rumah, kes zina, kes rogol , bunuh dan mcam2 lagi lah.....setelah menyesal akan adalah dialog2 sebegini...




siti: mengapa jadi begini? bukan kah cinta itu indah?




ahmad: argh!! aku xperlukan cinta lg dalam hidop aku!!




cinta akan mengheret insan yang lemah ke lembah kehinaan sekiranya tidak bertapak pada asas yang kukuh. ibarat rumah yang melindungi manusia, jika tapaknya tidak kukuh , maka mati lah manusia yang berada di dalamnya. Begitulah cinta, jika tidak diletakkan atas dasar iman, maka bergantilah cinta yang mahal itu jadi cinta yang murah.




CINTA KEPADA ALLAH MEMBUAHKAN CINTA-CINTA YANG LAIN

kita tanpa cinta dari Allah? apa akan berlaku? kita tanpa cinta rasulullah? tidakkah hidup menjadi kaku? daripada cinta berbuah kasih sayang....daripada cinta Allah itu...kita akan belajar mencinta Rasulullah.. dari cinta Allah......kita akan belajar mencintai ibu bapa nya... dari cinta Allah....kita akan belajar mencitai sahabat2 kita...dari cinta Allah..kita akan belajar mencintai suami isteri kita nanti...insyaAllah....

ingat....jangan kita galak mencari cinta yang lain melainkan cinta Allah...kerana cinta Allah sajalah yang membawa kepada kebahagiaan...dunia dan akhirat...ya... ada sesetengah manusia yang suke dok cari cinta lelaki soleh....perempuan solehah...tapi hakikatnya..?? dia sendiri un solat tinggal... quran tah kat mana letak nya? inilah golongan yang melebihkan cinta manusia dari cinta Allah...

ada satu dialog aku nak kongsi...

siti: makk!! macam mane nak cari lelaki soleh ea? nak kahwin ngan laki soleh lah...
mak: kamu siti....kalo nak sangat cari lelaki soleh...pastikan kamu tuh perempuan solehah..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(ANNUR:26)
   
justeru itu...lebihkan lah cinta Allah...jangan fikirkan cinta manusia...jangan fikirkan darjat kita antara2 manusia.. tapi fikirkan darjat kita dengan Allah...? adakah Allah menyayangi anda? tidak mahukah kita cinta Allah? adakah cinta kepada manusia itu lebih bernilai? tidak mahukah kita kelazatan menjadi HAMBA?








BAK KATA HILAL ASYRAF.... MARI MENJADI HAMBA






cinta yang sebenar bahagianya melangkau akhirat...kekal tidak hancur dibawa IZRAIL....cinta sebenarnya terlalu mahal harganya kerana maut sekalipun tidak boleh meragutnya...bahkan cinta itu boleh menembusi alam barzakh...seterusnya mencari tuannya di padang masyar...dan membantu tuannya merentas sirat serta bersama-sama tuannya di dalam syurga selama-lamanya...nah! mana mungkin cinta itu murah kalau cinta itu sendiri boleh membawa kita ke syurga.




carilah cinta hakiki....jangan dicari cinta yang murah cinta duniawi...serikan hidup kita dengan cinta yang mahal..bukan cinta yang murah...

SEKIAN
PEACE :)
AMIN REDZUAN
THE KRIKIKERS SELAMANYA

Wednesday, 7 March 2012

TOLONG JAGA TEPI KAIN SAYA





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... Alhamdulillah... dapat lagi menghirup udara Allah yang segar lagi percuma ini... yeah.. memang percuma tapi Allah nk kita laksanakan satu perkara bagi membalas pemberian Allah ini iaitu.... BERIBADAT KEPADA ALLAH...


FIRMAN ALLAH S.W.T.



“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56



suda terang lagi bersuluh...memang kita diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah...tapi apa yang kita lihat ialah ramai manusia mengabdikan diri kepada nafsu... dosa melimpah ruah... ya.. semua manusia pernah melakukan dosa tapi sebaik2 nya manusia itu bertaubat... hari ini aku nak sentuh pasal satu ayat yang selalu digunakan naqib-naqib aku time kat izzuddin dulu... ayat tuh sebelum ayat yg di atas...


FIRMAN ALLAH S.W.T.
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.(adzariyat:55)


memberi peringatan...itulah yang Allah mahukan... kita senantiasa meberi peringatan antara satu sama lain... seperti yang kita tahu manusia itu tidak akan tetinggal dari sifat LUPA.. manusia dalam bahasa arab ialah INSAN... berasal dari perkataan NISYAN yang bermaksud LUPA.... apabila kita terlupa.. mestilah ada seorang perlu mengingatkan.. tetapi... masalah masyarakat islam kat malaysia ni sekarang ialah mereka TIDAK SUKA MENJAGA TEPI KAIN ORANG LAIN..... menggunakan alasan..


joyah : alah..kubur lain2... nak buat ape aku peringat...


azman: buang masa aku je..lantak die lah nk wat ape un... bkn aku un kene seksa..


julia: kalo tegur nanti..kata aku busy body plak... tak pasal-pasal nanti gaduh pula...


jangan nak wat muke terkejot sangat lah kalau anda semua tak pernah dengar dialog-dialog di atas... tidak 'menjaga tepi kain orang ' ialah amalan islam yang SALAH dan boleh dibidas sama sekali dengan firman Allah di bawah...


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(ALIMRAN:104)


Memberi peringatan atau dalam erti kata lain menjaga tepi kain orang itu sendiri ialah perintah dari Allah... jadi  apabila anda ditegur.. didakwah... anda jangan maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat... dan yang paling panas ialah menggunakan perkataan 'BAJET APE ENTAH NAK TEGUR AKU'...


anda kena lah faham..kalau ada seorang sahabat tu memberi peringatan kepada kita..... kita kene terima .. sebab ape?? sebab dah memang itu perintah dari Allah laaa..... dialog yang selalu keluar dari manusia yang belum mendapat hidayah ialah....


ahmad: kau jangan nak tunjuk baik sangat lah... perangai un tak berape betol lg.. nak tegor2 orang. ptuih!


mohamad: eleh...tegor orang konon... ingat nanti kubur lain2... pandai2 lah aku bertaubat nanti..


siti: betolkan diri dulu baru tegor orang...kaw ingat kaw blaja agama kaw hebad??


anda pernah dengar dialog2 di atas? aku pun da biasa dengar...dan alasan yang tidak asing lagi ialah mengatakan patutnya yang menegur dia tuh orang nye baik... bak malaikat... takkan ada dosa langsung..


KALAU NAK TUNGGU ORANG TARAF NABI TEGUR...MEMANG SAMPAI KIAMAT DAKWAH TAK JALAN

bak kata saidina Ali....jangan lihat siapa yang menegur...lihat apa yang ditegur...

tapi kalau kome da tegor 2uh...jangan lah plak kome yang buat...tu namenye HANGAT2 TAHI AYAM...

FIRMAN ALLAH S.W.T.


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!(ASSOF:2)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(ASSOF:3)


aku tak cakap....ALLAH. yang cakap...so cmne nak dakwah secara efektif nieh? bila kite berdakwah.... atau peringat orang lain...niatkan dalam hati... 'teguran ini buat sahabatku dan diriku'...insyaAllah ade berkatnya.. pahala nya... wallahua'lam... aku un tak tahu bapa byak,,tu sume Allah nye hak.. :)


JADI SAHABAT-SAHABAT
MARI SAMA- SAMA PERINGAT
KIAMAT DAH DEKAT
MAUT BILA-BILA BOLEH DAPAT
SUDAHKAH ANDA BERTAUBAT
ASSALAMUALAIKUM... 

PEACE FORM ME :)

Saturday, 25 February 2012

Mengambil iktibar dari DUGAAN


bismillahirrahmanirrahim.....dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... selamat sejahtera... Alhamdulillah... dalam saat ini dapat lagi kita bernafas di Bumi Allah yang hijau nieh... Ya Allah 2 minggu da aku tak berdakwah dalam blog nieh... ,teruk juga la rasenye... secara jujurnya... hati aku tidak tenang kebelakangan ini... entahla... setiap saat aku merasakan iman aku jatuh merudum... tapi sekarang nieh... aku cuba bangkit... aku kena lah belajar terima dugaan dari Allah...
kita mesti sedar... setiap yang kita rancang itu bukannya confirm kita dapat... sebab ada hikmah di sebalik kejadian...dan itulah yang cuba aku sampaikan dalam blog kali nieh... belajar terima dugaan..

mungkin dialog-dialog begini sering didengari...

Siti : Ya Allah...mengapa wat aku begini Ya Allah....!!! kenapa kau ambil orang yang aku sayang!!!    kenape3??

Ahmad : Ya Allah...aku dah buat yang terbaik dalam SPM..... aku da belajar tiap-tiap hari... pukul 2 baru aku tido...tapi kenapa aku hanya dapat 3A je?? kenape3??

Ehsan : Ya Allah... kenapa aku diberi penyakit ni Ya Allah...sakit sungguh!


ya.....dialog2 nie sering didengari oleh kita... aku sendiri mengaku yang aku un pena mengucapkan kate2 camnie... tapi itulah masalah manusia sekarang.....bila ditimpa musibah.. salahkan Tuhan... bila ditimpa penyakit... salahkan Tuhan... bila ditimpa bala.... baru la nak beribadat... baru la nak nampak muka kat masjid...tapi bila masalah dah hilang... apa jadi??? bukan je muka... batang hidung un x nampak.. ish3.. 2 la masalah org islam skang... mereka beribadat bila ada masalah sahaja... bila ditimpa musibah.. tapi bila masalah hilang.. ibadat2 tu seakan2 hilang dari diari hidup...

FIRMAN ALLAH S.W.T.

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), samaada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.(SURAH YUNUS :12)

renung2 kan lah ayat kat atas nieh... dah tertulis dalam alquran da un... wah! 

jadi...apabila anda ditimpa kemalangan ka... ditimpa musibah ka.. ditimpa penyakit ka... jangan sesekali salahkan Allah... katenye Allah itu tidak Adil... Allah itu tak sayang kat dia lah... tapi kene ingat... setiap manusia kena melalui suatu bende yang digelar DUGAAN HIDUP....ATAUPUN MASALAH HIDUP.. mesti terfikirkan... kenapa Allah memberi kita dugaan? masalah? kenape3?????

Allah memberi kita dugaan dan masalah kerana Allah hendak kita maju dalam kehidupan... 

hamba Allah : maju?? dengan masalah un bole maju?? ape kejadahnye? susa hidup orang adela!!

tidak...tidak....? memang benar Allah memberi kita dugaan untuk kita maju dalam kehidupan...bukan kerana dia tidak sayang kita...bukan kerana dia benci kita... tapi Allah mahu kita MAJU..... misalnya kan... cube bayangkan nenek2 moyang kita dahulu tiada masalah harian... sebagai contoh... lampu minyak tanah selalu padam... susah nak berhubung dengan orang yang jauh.....itu masalah lah tuh... so apa yang nenek2 moyang2 kita buat ialah mereka mencari penyelesaian masalah... mereka cipta mentol.. mereka cipta handphone...

sebagai contoh seorang pelajar... selalu sangat fail addmath... dia hampir2 berputus asa.... tetapi.... dia nekad untuk SPM...NO MORE FAIL!!! ( slogan aku dulu sblom SPM).... jadi apa yang dia buat? dia maju kehadapan... selalu berjumpa cikgu.. bertanyakan pada rakan2 yang pandai...membuat latihan dengan lebih banyak lagi...dan apakah hasilnya?? A+!

WHEN WE HAVE PROBLEMS...FACE IT..DONT JUST RUN AWAY FROM IT....FIND A SOLUTION


 jadi bila kita ditimpa masalah.... minta tolong lah dengan Allah....haa! macam mane mahu mintak tolong...

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar(albaqarah:153)


dah tulis da pun dalam alquran....kalau ditimpa masalah...minta lah tolong dengan sabar dan solat...

mengapa Allah memberi kita dugaan???
Allah mahu kita maju dan belajar dari kesilapan..

mengapa Allah memberi kita penyakit?
kerana penyakit itu ialah penghapus dosa.. maka bersyukurlah antum menghidapi penyakit

mengapa aku cita pasal menghadapi dugaan??
sebab aku baru lepas fail JPJ test dan bila aku think positive...Allah mahu aku lakukan yang lebih baik...


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(albaqarah:286)

WASSSALAM

PEACE FROM ME

(^_^)

kalau ade sebarang kemusykilan atau soalan ....komentar sahaja di bawah... :)

Sunday, 12 February 2012

KeNaPe AkU PiLiH NamA UsTaz EnGiNeeR


assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. apa khabar semua sahabat2 ku di luar sana... sorila.. aku x dapat nak update blog slalu da... besela..orang da ade kerjaya... letih la katekan.. Alhamdulillah aku da stat bekerja.. bukan nya sebab aku batak duit ke apa... aku cume nak mencari pengalaman mencari rezeki di luar sana.. persediaan awal la orang kabo..!! mesti tertanya2 aku keje ape??? aq sebanye keje jadi ABANG KANTIN...wahaha...seriusly, walaopon agak meletihkan.. tapi.... aku enjoy...sebab tempat keje aku adalah sekolah rendah aku dulu... teringat la zaman budak2 aku dulu... haha

anyway...back to the topics.... kenape ustaz engineer???? ade gak sahabat aku pena tnye.....

sahabat : wey! awat la hg letak name ustaz engineer....??? pelik je aq dgo nieh..

nama USTAZ ENGINEER tu sbenanye sedikit sebanyak menceritakan pengalaman persekolahan aku... aku pernah belajar kat 2 buah sekolah sepanjang sekolah menengah...iaitu.....

SEKOLAH MENENGAH AGAMA IZZUDDIN SHAH(FORM 1 ~ 3)


SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG(FORM 4 ~ 5)


well.....kedua2 buah skolah nieh byk mengajar aq pengalaman2 baru... due2 skola ade keistimewaan sendiri.. kat izzuddin.... aq byk belajar ttg bidang agama... bukan nak ckp kat sbpi gopeng aq x dpat ape tapi.. bidang agama aku sumenye bermula di izzuddin....di sane aku belajar pakai jubah.. di sane aku blaja ikat serban.. di sana aku mula memantapkan ilmu2 fardhu ain....aku berterima kasih la kat naqib2 aku yang ajar aku mcm2.. jasa mereka tak terbalas....byk gak aku belajar agama melalui matapelajaran i'dadi... 

sbpi gopeng...aku jejaki masa form 4....aku yang dpt 9A dlm pmr tetibe x amek arab plak time form 4... sebab aku dpat tawaran aliran sains teknikal...erm....memang cite2 aku dr kecik nak jadi engineer... aku ade la gak nak mintak tuko amek sains tulen agama... tapi ditolak... mintak nak amek arab un ditolak gak... hmmm....xpelah...xde rezeki la kowt... tp kat skolah nieh la aku byk belajar studi stok gile2 nye... kat sni lah gak aq memantapkan sains dan matematik aku... tapi dekat2 nak SPM lah... sng cite nye... kat sbpi gopeng lah aku blaja nak work hard nak jadi engineer.......kat sini gak aku belajar cket2 utk menjadi pemimpin... lpas dilantik jadi pengawas lah...n sbpi gopeng membuatkan aku aktif dalam bidang koko... ragbi dan kadet polis..

lepas abes skola....aku terfikit sejenak.......ape aku nak buat? ape persediaan aku ke IPT? ape cite2 aku..?
well...early preparation is always a key factor to success right? so aq bercadang aku nak cube jadi seorang USTAZ ENGINEER...bukan sekadar engineer yang mahir dalam membuat kerja dan berpangkat tinggi.....tapi seorang muslim yang mahir dalam selok belok agama dan hal ehwal islam... mampu memberikan hujah2 dalam mempertahankan agama....seimbang dunia dan akhirat...sesuatu yang susah nak jumpe skang... ya...itulah target aku....seorang professional yang mahir dalam bab agama....sesuatu yang skang nie susa nak jumpa kat malaysia.....

seorang engineer yang mengerahkan tenaga nye untuk berdakwah....fi sabilillah... menggunekan harta dan pangkatnye di jalan Allah...

"MENCARI SEGULUNG IJAZAH...MENYEBARKAN RISALAH DAKWAH"



itulah sebenanye tanggungjawab sume pelajar muslim......kite mencari pekerjaan agar kite dpat berdakwah di mane2 sahaja...kerja dakwah bukan ustaz2 sahaja yang kene bawa.... tp ia satu kewajipan bg mereka yang berilmu.....ini semua untuk saham akhirat.....



” Dan hendaklah ada antara kamu kumpulan yang mengajak orang kepada perkara baik, menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang berjaya”(ALIMRAN:104)

aku pena dga sorg ustaz nie ckap...

" PENGORBANAN BUKAN BERERTI KENA MENINGGALKAN KERJA DAN GAJI YANG LUMAYAN , ITU PEMIKIRAN YANG SALAH. TETAPI KEJARLAH PANGKAT2 TINGGI... KEJARLAH GAJI2 LUMAYAN... AGAR SATU HARI NANTI SEMUA ITU BOLEH DIJADIKAN WASILAH ATAU ALAT UNTUK BERDAKWAH..."

Firman Allah SWT : Intansurrulloha yansurkum : “Barangsiapa membantu agama Allah pasti Allah akan membantu kalian”

Firman Allah SWT, bermaksud 'Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu' (Surah Muhammad, ayat 7) 

MARI MENJADI PEMBANTU AGAMA ALLAH

marilah kite belajar bukan sahaja sebab nak mendapat gaji yang lumayan... tapi dengan harapan pekerjaan kita itu dapat membantu ISLAM pade mase yang akan datang... itulah sebenar2 jihad...

JADI MCM NIE STAIL GAK!!

TAKBIR!!!! ALLAHUAKBAR

WASSALAM
(^_^)






Saturday, 28 January 2012

TiPs2 Blaja Menurut AlQuran!

Bismillahirrahmanirrahim....
in the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
Assalamualaikum....ape habaq??? ana kat dpan PC nie sehat je..Alhamdulillah...in the pink of health!!
Alhamdulillah....fuh...dpat lagi la aq taip kompputer nie haaa... da lame rasenye tak tules blog... mintak maap lah...bukannye malas ke ape...cume sebok sket...(ntah sebok sbb pe ntah).... selepas membersihkan sawang2 yang ade kat blog nieh...ana un rase nk menulis blog lah malam nieh... esok...dak2 skolah asrama nak balek asrama da an....so..aq tujukan khas blog nie pada budak2 sekolah lah... terutamanya yang nak ambik SPM taun nieh yeeee!!! Ha...!! arini ana nak bagi sket tips2 blaja...tapi.....tips2 nie bukan nye ana sebat kat buku2 majalah ke ape...tapi... ana rujuk kat Al Quran Al Karim....Haaa..!!! tgk 2uh...Al Quran....!! ye...kitab suci kite sebenarnye ade bnde2 nie...tapi kite x sempat tgk an.... jom kite saksikan..........


FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]


TIPS PERTAMA


dalam melakukan sesuatu perkara....kite hendaklah khusyuk melakukannya.... bukan wat sambil lewa je.....insyaAllah berjaye la kite mencapai kejayaan...kalo kite tgk balek...iman dan berjaya disebut dlam satu ayat maka IMAN lah faktor utama kejayaan!!

FIRMAN ALLAH S.W.T.
17:41. Dan sesungguhnya dalam Al Qur’an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).


TIPS KEDUA


tips yang ada dalam ayat di atas ialah kita hendaklah mengulangkaji pelajaran agar nnti senang la kite ingat an.... waahh!! teruje tak?? yee.....kalo x ulang kaji peljaran smpai bila nak berjaye yop!???!
Allah sendiri suh kite ulang kaji pelajaran an...supaya kita x lari dr kebenaran... dan nnti senang lah jawab soklan2..kowt2 ade sahabat2 tanya ka...xdelah kite dok bagi ajaran sesat kat depa an..HUHU

FIRMAN ALLAH S.W.T.



Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.(ANNAHL:43)
   

TIPS KETIGA


hmmmm...agak2nye....ape mesej yang cube disampaikan ayat di atas ye??? haaa.... kite hendaklah bertanyakan pade org yang lebih pandai....ye.... bnde nie la yang agak susah sket la org nak wat... usually mereka akan merase segan tahap gaban nk tnye kat org pandai...HOHO.....nk tnye kat cekgu la yang plg segan an?? aq un same lah.... hoho...tape2...next time aq akan tanya la org yg pandai2... idak la aq dok bodoh sombong ja...hi3

FIRMAN ALLAH S.W.T.



“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kalian, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama “!(ANNISA':71)

TIPS KEEMPAT

sbenanye ayat nie menerangkan ttg sifat bekerjasama......dalam peperangan kite tak boleh pegi sorang2 an?? kene pegi dlam satu kelompok....samelah mcm belajar....xboleh lah belajar sorang2.... kene la studi group sahabat2 sekalian...kalo studi sorg...ape yang hgpa dapat?? aq un tak bole... aiceh!! so...studi dalam jemaah 2 la yang terbaek... mungkin ade yang jenis studi sorg2  an?? aq un kadang2 suke studi sorg2 sebab aq suke kan ketenangan... tapi sbenanye...tu x brape nak bek sgt.. at least studi berdua lah....itu un da ckop bgos...!!

FIRMAN ALLAH S.W.T.



Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang di usahakannya(ANNAJM:39)

TIPS KELIMA


the last tips and aq rase nieh la tips yang paling penting dalam pelajaran....BERUSAHA.... insyaAllah kite akan dpat hasilnye....bak kate pepatah arab...man jadda wajada...waman zara'a hasoda... brg siapa yang berusaha,...dielah yang akan dpat hasilnye....brgsiapa yang bercucuk tanam...maka dialah yang akan dpat tuaian nye.. tawakkal lah pade Allah atas sume usaha kite dan insyaAllah..kite akan berjaya...





Alhamdulillah....habis gak blog aku nie yee..
so mari sahabat2 handai...kite berusaha lah...
kearah kejayaan...
HAIYA 'ALAL FALAH
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
(^_^)