Wednesday, 25 April 2012

Cabaran Selepas Sekolah. Masih Adakah Islam Kita?

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh... Alhamdulillah.. dapat lagi merasa nikmat untuk hidup. pertama sekali ingin diucapkan kata-kata kemaafan akibat sudah terlalu lama tidak meng'update' blog. result spm? ana hanya mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH. walau apa pun result yang kita perolehi. ucaplah Alhamdulillah. sentiasa bersangka baik dengan Allah. terima lah dengan hati yang terbuka. insyaAllah Allah akan menganugerahkan lagi result yang power2 kat universiti nanti kalau kita belajar bersyukur. anggaplah A yang anda dapat tu hadiah daripada Allah. biasalah kalau manusia, sentiasa tengok kat B dengan C tu. tak pernah-pernah bersyukur dengan A yang pernah kita dapat kan?
Firman Allah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Allah ada berfirman di dalam Al Quran: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Baiklah. kembali kepada tajuk di atas. jika antum berada di sekolah sekarang. bagaimanakah kehidupan anda? adakah ia masih sama di rumah? adakah antum masih menjalankan aktiviti-aktiviti rohaniah yang antum selalu lakukan? adakah iman antum semua masih kekal kuat? ana melihat selepas tamatnya SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau SPM. ada sesetengah sahabat-sahabat ana di MUKABUKA menunjukkan BELANG mereka. ada yang sudah mula tidak berpakaian menutup aurat. ada yang sudah mula meletakkan status IN A RELATIONSHIP dengan berani nya. ada yang dahulu merupakan seorang ahli dakwah sekolah, hebat berkata-kata di hadapan khalayak ramai tetapi melakukan perkara yang diperkatakan dahulu. ustaz ana sendiri pernah cakap yang golongan-golongan macam inilah yang akan meng'spoil'kan dakwah islamiyah. mereka yang dahulu yang lantang berkata-kata tetapi akhirnya haprak di pertengahan jalan. 



HIJRAHLAH MENUJU ISLAM SEJATI





apabila keluar nya kita dari PENJARA sekolah, hidup ini terasa bebas. rasa macam tidak terikat dengan mana-mana undang -undang sekolah. kalau dekat sekolah dahulu,wajib sembahyang. tapi sekarang keluar sekolah tiada siapa yang peduli da. kalau kat sekolah dahulu, tak boleh keluar dating ngan awek atau bf. tetapi sekarang, tiada siapa da pun nak tegur. sanggup tu datang naik bas jauh-jauh semata-mata nak jumpa pakwe makwe. rindu la katekan. kalau kat sekolah dahulu, nak main bola pun kene pakai seluar panjang, kalau takde seluar panjang pun seluar tight ada. tapi bila di luar, kadang-kadang pakai boxer pun ada. kalau kat sekolah dahulu, tudung kene labuh. tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata. tapi sekarang....amboih! tu dia haa.. ! tudung singkat.. nampak body shape...baju ketat... fesyen nak yang trend terkini saja. 

Apabila keluar sahaja dari alam persekolahan, kita mesti tahu membawa diri. Mesti bijak merangka masa depan. Jangan merangka masa depan yang tidak pasti seperti merencana cinta dongeng sekolah menengah. Bagi mereka yang mempunyai ilmu-ilmu agama, sebarkan, jangan sesekali disimpan. Bagi mereka yang mempunyai masa lebih, tuntutlah ilmu agama di mana-mana. Jangan sesekali biarkan diri kita hanyut. Mesti selalu di'recharge' iman kita. Mesti ingat tanggungjawab kita sebagai mahasiswa muslim pada masa hadapan. Tanggungjawab kita untuk keluarga,masyarakat dan bangsa. Mari buktikan kemampuan kita sebenar. Bawalah panji-panji islam di mana-mana IPT anda nanti. Tidak kira di dalam ataupun di luar negara, jadilah muslim sejati. Janganlah sesekali lupa diri dan sentiasa ingat setiap yang kita ada semuanya hak milik Allah. Jika anda merupakan seorang pendakwah di sekolah anda dahulu, teruskan perjuangan anda. Gunalah pengalaman anda semua, bersama mencari REDHA ALLAH!! Bersama membantu agama Allah.
ALWAYS REMEMBER ALBAQARAH:286
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah pasti membantu orang yang menolong (agama)-Nya.(ALHAJJ:41)

SEKIAN
KHAS DIBAWAKAN DARI 
KARANGAN SANG PENCINTA
ASSALAMUALAIKUM
=)