Monday, 22 October 2012

Tawakkallah,Aal Izz Well

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Dengan izin sang Pencipta, ana tergerak hati mahu meng-update- blog ku yang tercinta ini sebelum ia menjadi nasi lemak cili api. Alhamdulillah, semester satu telah berjaya ku redah, exam pre-calculus hari itu menjadi penutup kepada semester ku. Setelah berehat beberapa hari di rumah, pelbagai perasaan bercampur baur di dalam hati. Sebenar-nya terasa agak kesunyian sepi duduk kat rumah melangut macam ayam berak kapur. Rindu kepada kawan-kawan yang masih berjuang dan berjihad dalam pelajaran tidak kira di luar atau dalam negara tidak pernah hilang. Tapi apakan daya, aku habis semester lagi awal dari diorang =='

JADI ANA DI SINI INGIN MENGUCAPKAN BEST OF LUCK FOR YOUR FINAL EXAM




Disebabkan musim ini musim peperiksaan (yakni sedang menunggu result,sudah habis jawab dan sewaktu dengannya), rasa ter-rajin(tatabahasa jahanam) pula hati ini untuk menekan papan kekunci laptop ACER ku bagi merungkai tajuk . "Tawakkal, semuanya akan baik-baik sahaja".


"Aku dah buat semua past years question, kenapa aku rasa aku tak boleh jawab soalan tadi.">Manglish

"Aku letih doh dok gomo,baek aku breti blaja kalu gini gak">Bahasa Kelantan

"Camne ni dowh!! Mampos aku bro,malas Aku Nak studi lpas nie" >Bahasa Key-El

"Teman idok Tahu le cmne Gayenye Pekse teman,putuih aso teman aih" >Bahasa Perak

well, banyak lagi bahasa ana nak letak tapi takut post blog ni jadi rujukan bahasa pasar seluruh Malaysia pula, sepanjang minggu peperiksaan ana di UITM Pulau Pinang, dialog-dialog di atas adalah antara yang selalu didengari. Jangan buat muka terkejut beruk sangat lah kan, saya rasa majoriti manusia yang sedang membaca post ini pernah melafazkannya termasuklah yang menulis blog nie :'(

Kenapa terjadinya dialog-dialog begini? Pendapat ana sendiri : dialog-dialog ini diucapkan kerana ana takut yang ana tidak akan mendapat result yang terbaik. Diselangi takut untuk menghadapi masa hadapan. "Apalah result aku?" "Berapalah pointer aku?" . Soalan maut gitu selalu bermain di minda. Sehingga satu tahap, hilangya tawakkal kita kepada Allah.

Nak tips tak? (sambil buat muka comel ala-ala doraemon)

Doa Yang Saya Belajar dari Sahabat Baik :

Rabbi yassir wala tu 'assir

Maksud"Ya Allah,permudahkanlah urusanku,jangan disulitkan"

Ana selalu amalkan doa di atas tatkala hati berasa takut untuk menghadapi masa depan. Tika ketika itu ana tiada sesiapa yang boleh membantu, ana hanya meminta untuk mempermudahkan urusan, agar ana mampu mengubah nasib ana.

FIRMAN ALLAH DALAM SURAT CINTA-NYA KEPADA KITA

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Merujuk kepada cerita ' 3 IDIOTS', watak favourite ana Ranchoddas Shamaldas Chanchad pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya iaitu Farhan Qureshi dan Raju Rastogi.


"Take your hand, and put it over your heart, and say 'Aal Izz Well'

 Dengan hanya berdoa dan ber'AAL IZZ WELL' memang tidak menyelesaikan masalah, tetapi ia akan membuang ketakutan dalam hati ini dan meningkatkan keberanian untuk menghadapi masa depan, pabila ketakutan sudah hilang, masa untuk menerima hasilnya akan tiba. Tidak kiralah apa pun result peperiksaan kita nanti, katakan Aal Izz Well. Katakanlah kepada hati ini yang apa yang kita sudah lakukan adalah yang terbaik, semuanya akan baik-baik sahaja.

Dengan izin Allah, apa yang kita dah usahakan, maka itulah hasilnya. Apabila sudah terima hasilnya, itu adalah rezeki. Bersyukur,bersyukur dengan apa yang kita dapat. Ingatlah, Allah itu dekat dan sedia menolong. Hanya mengangkat kedua2 belah tangan dan sebut "rabbi yaasir wala tu'assir"

USAHA DAHULU,KEMUDIAN TAWAKKAL





Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang di usahakannya(ANNAJM:39)
   
Kita sentiasa mengaitkan Tawakal dengan rezeki dan usaha. Namun usaha tanpa didahulukan tawakal terlebih dahulu seolah-olah mengutamakan dan mendahulukan usahanya  .Maka lahirlah muslim yang sombong dan  angkuh sambil berkata bahawa dengan sebab usahanyalah dia berjaya atau kaya sehingga lupa sebenarnya ia adalah  kerana Allah yang mengizinkannya.

Sebaliknya jika meletakkan tawakal dahulu kemudian diikuti usaha , nescaya individu tersebut akan mengucapkan syukur terlebih dahulu kepada Allah kerana dengan sebab Tawakalnyalah , dia mendapatkan keajayaan dan kekayaan umpamanya.

FIRMAN ALLAH DALAM SURAT CINTA-NYA

 “jika sudah berbulat tekad (niat kuat) maka bertawakallah kepada Allah” [qs. Ali Imran (3): 159]

 “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).


Jadi bertawakal kepada Allah harus dimulakan dengan bulatnya tekad (niat) sampai selesainya usaha, dan ikhlas menerima apapun yang terjadi atau diperoleh. 

USAHA !!! JANGAN MUDAH PUTUS ASA!!
AJA - AJA FIGHTING!!
GAMBATTE KUNDASAI!!!
(aku tataw betul ke aku tulis korea nie)

FIRMAN ALLAH DALAM SURAT CINTA-NYA
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


KITA USAHA KITA TEKAD KITA TAWAKKAL KITA SYUKUR :)

PEACE AND ASSALAMUALAIKUM 

AMIN REDZUAN

FUTURE ENGINEER

DAI'E FOREVER