Sunday 27 January 2013

We Love U Rasulullah :)



Beberapa hari lepas medan-medan pengicau, mukabuku dan juga Ruangku(myspace) dipenuhi dengan status-status yang memperingati Nabi Muhammad S.A.W sempena Maulidur Rasul. Saya juga tidak ketinggalan memberikan status-status serta kicauan ini bagi meng"hotstuff"kan Nabi Muhammad S.A.W. Bagi mengingatkan betapa hebatnya Baginda Rasulullah.

Hakikatnya adakah post "i lab u rasulullah" ataupun "happy birthday ya rasulullah" itu datang dari hati kita semua atau semata-mata memperoleh LIKE dan RETWEET sahaja?Atau lebih parah kerana tekanan dari pihak-pihak sekeliling. Jeng3, kebabooom!.

Cinta pada Rasulullah bukan hanya terletak di skrin komputer dan skrin Henset Ipongg anda.Bukan terbukti dengan berarak 240KM setiap hari dan memegang sepanduk "KAMI SAYANG MUHAMMAD" sahaja. Tetapi terletak kepada amalan dan penghayatan sirah Rasulullah.

Nak cerita sikit lah kehebatan Habibullah nie. 


Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutallib, semua orang islam kenal dia. Namanya terlalu agung sehingga pihak-pihak barat di sebelah sana hampir mencirit kuning mendengar namanya. Keperibadian first class mengalahkan team Sir Alex Ferguson di EPL. Populariti zaman lampaunya lebih hebat dari geng-geng Super Junior, 4Minutes, dan CN Blue. Keterampilan dan kecantikannya tidak boleh dikalahkan puak-puak Aaron Aziz dan ShaSha Mendoza. Kehebatannya berjihad tidak mungkin ditandingi oleh The Expendables dan Naruto Shippuden. Kejujurannya dan tutur katanya berpuluh kali ganda lagi first class dar SimSimi si burung kuning itu. Hebatnya Baginda berniaga mengalahkan Bill Gates, Dr. Rozmey serta Sifu Aziz Skor A.


CARA MENCINTAI RASULULLAH

Kalau anda mempunyai seorang "bakal imam" atau "bakal penghulu bidadari", bagaimana nak tunjukkan yang kita sayang pada mereka? Antara contoh ialah mendeklamasikan kata-kata jiwang tahap gaban, menghadiahkan bunya kekwa sambil menyanyikan lagu "rindu, rindu serindu rindunya. Bertanya kah khabar , "caring" lah konon.  Senang ceritanya, cinta ini tidak dapat dibuktikan hanya melalui kata-kata manis umpama menanam tebu di tepi gigi.tetapi perlu disertai dengan perbuatan susulan yang hadir terus dari hati.

Jadi, cara paling mudah untuk membuktikan kita betul-betul cinta pada Rasulullah ialah denga mengamalkan sunnahnya. Apa itu sunnah???? Haaa, digalakkan tanya pada ustaz-ustaz bagi yang tidak tahu. Kalau rasa segan silu kucing-mucing dengan ustaz, boleh lah tanya dekat al fadhil ustaz google dan imam yahoo. Saya pasti anda semua pasti akan menemui jawapan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang sunnah-sunnah Rasulullah, digalakkan membeli sebuah buku bertajuk " Syamail Muhammadiyah" atau "Syamail Muhammadi" hasil nukilan Imam Tarmizi. 

Setelah membaca blog Inche Gabbana iaitu angelwearsgucci.blogspot.com, saya baru sedar bahawa ada satu sunnah yang memang ohsem! yang saya sendiri terlepas pandang iaitu, jeng3, Dakwah dan Tarbiyah. Sedar tak sedar Baginda Rasulullah telah menjalankan aktiviti OHSEM! tersebut semenjak Baginda memperoleh wahyu pertama di Gua Hira' sehinggalah Baginda Rasulullah wafat. Dakwah dan tarbiyah Baginda sehingga sekarang terasa kesannya walau berapa ribu tahun sudah baginda wafat. Subhanallah. :)
Sayang kan kalau dakwah baginda tidak disambung? Atotototo.

Satu lagi cara untuk membuktikan kita "miss" dan "love" Rasulullah ialah dengan memperbanyakkan selawat pada nya. Selawatnya berbunyi begini "Solallahu 'ala Muhammad. Solallahu 'alaih wassalam". Rajin-rajin lah ulang 24 juta kali pun takpe. Kalau lagu Justin Bieber anda boleh ulang 45 kali sehari, takkan selawat pun tak boleh? 

FAKTA : TAHUKAH ANDA, ORANG YANG BANYAK BERSELAWAT KEPADA RASULLAH IALAH ANTARA GOLONGAN YANG DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN MUKA BERSINAR-SINAR. :)


KENAPA PERLU CINTA RASULULLAH ?

Tatkala Rasulullah S.A.W (mohon selawat pada Baginda), sedang menghadapi Sakaratulmaut, perkara yang ada dalam minda bersihnya ialah UMATNYA. Berikut ialah kisah ketika nabi Muhammad  wafat.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib UMATKU kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Saat Baginda mahu menghembuskan nafas yang terakhir, Baginda hanya memikirkan nasib umatnya kelak, sehinggakan perkataan akhir yang dilafazkan Rasulullah ialah ummati, ummati, ummati ?!. 

Rasulullah dah korbankan segalanya untuk kita, baginda dikeji, di caci, di maki, dibaling dengan najis, di baling dengan batu, berperang, dan banyak lagi semata-mata untuk kita. Baginda sudah memanifestasikan cinta Baginda kepada kita, masa untuk kita memanifestasikan cinta kita kepada Rasulullah. Ayuh sambung perjuangan Rasulullah. Jadikan baginda sebagai teladan. Jadikan baginda sebagai mentor. 

Tetapi sekarang? Yang dicinta dan dipuja-puja umpama dewa ialah Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, 3 Idiot, Justin Bieber, One Direction dan Ahli-ahli KPOP . Semua berebut mahu menjadi Belieber dan Directioner sehingga kita lupa bahawa kita adalah Allah's Believer. Kita adalah Muhammad's Follower.

Suatu hari Nabi SAW berkata:

“Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku.”

Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu ya Rasullullah?

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merinduikan saudara-saudaraku.”

“Siapa mereka ya Rasullullah?”

Air mata Rasullullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, “Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka."


Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah? Tepuk dada tanya Iman. Assalamualaikum.

*nota kaki : JANGAN HANYA PENUHKAN STATUS DAN TWEET BERKENAAN RASULULLAH S.A.W. KETIKA MAULIDUR RASUL SAHAJA, BIAR BERTERUSAN SAMPAI FACEBOOK JADI CAM MYSPACE.












Friday 11 January 2013

M.A.U.T.

11 JANUARI 2013
TEMPAT: BILIK KULIAH PERDANA 3
MASA : 9 PAGI

Sedang ana sibuk mendengar lecture dari pensyarah Calculus ana, secara tiba-tiba telefon ana berbunyi.

"kring3"

"siapa pulak lah yang hantar mesej nieh" ana bermonolog sendirian.

butang "VIEW" ditekan dan terpampang lah mesej yang membuatkan ana tak senang duduk.mesej berbunyi begini:


"assalamualaikum, doakan kesejahteraan ayah aku yang baru kembali ke rahmatullah.sedekahkan alfatihah kepada beliau..trimas sahabat... dari izzad amir aka ezzo."

Innalillah wa inna ilaihi rajiu'n. Betapa ana rasa kematian itu semakin menghampiri ana hari demi hari. Seakan-akan ALLAH  sedang memberikan peringatan dan teguran kepada ana yang kematian itu boleh tiba dalam bila-bila masa sahaja. Semenjak ana menghabiskan sesi persekolahan semasa disember 2011, seringkali ana dikejutkan kematian sahabat-sahabat handai, ada juga berita kematian dari ahli-ahli keluarga dari sahabat-sahabat ana sendiri. 


MAUT


Teringat sebaris ayat Al-Quran yang sudah lama menghiasi laman minda ini.



Mati, maut, meninggal dunia. Sesetengah orang agak loya dan alergik terhadap perkataan-perkataan sebegini. Apabila disebut tentang kematian, sesetengah orang akan menganggap yang perkataan mati itu lebih relevan untuk orang-orang tua. Walhal maut itu tidak mengenal usia. Tidak kira anda berumur 18 tahun, 19 tahun, 20 tahun, posibiliti untuk anda mati itu ada. Teringat ayat Ustaz Sidek Nor ketika ana mendengar ceramahnya ketika cuti semester yang lepas.

"kita ni tak dijanjikan sesaat pun yang kita akan still bernafas, setiap saat mesti ada posibiliti yang kita akan mati..kalau Allah nak tarik nyawa kita bila-bila masa sekalipun, Allah boleh tarik"


Teringat satu kisah di mana Rasulullah menanyakan kepada para sahabat siapakah orang yang paling bijak di dunia... jawapan-jawapan yang diberikan oleh para sahabat semuanya salah. Maka Rasulullah memberitahu bahawa orang yang bijak ialah orang yang sentiasa  "MENGINGATI MATI".

Jadi?? Adakah anda masih lagi merasakan perkara-perkara duniawi yang lain lebih penting dari mengingati mati? Adakah kita masih lagi terbejat dengan perkara-perkara lain contoh ingin mencari "imam" atau "ketua bidadari" ? Walhal, benda yang patut kita risaukan ialah IMAN kita, supaya kita tidak mati dalam keadaan kafir. Semoga kita mati dalam keadaan ISLAM. Semoga Kalimah terakhir yang kita ucapkan ialah kalimah "aku bersaksi yang tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah"

ANDAI KITA MATI


“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Hadis di atas menerangkan mengenai amalan yang tidak akan terputus walau pun pemiliknya meninggal dunia iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

SEDEKAH JARIAH


Sedekah jariah bermaksud sedekah yang berpanjangan. "Jariah" bermaksud berjalan dalam bahasa melayu*betulkan kalau ada kesalahan. Jadi sebelum kita menghembuskan nafas terakhir, pastikan kita sudah infakkkan harta kita ke jalan yang lurus. Kalau ada saudara-mara kita yang meninggal, pastikan sebahagian harta sepeninggalannya sudah di infakkan bagi sahamnya di akhirat. :)

ILMU YANG BERMANFAAT

Tanda-tanda ilmu seseorang itu bermanfaat ialah :
1- Dia tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya serta hatinya membenci pujian dari manusia, tidak menganggap dirinya suci, dan tidak sombong terhadap orang lain dengan ilmu yang dimilikinya.
2 - Apabila ilmunya bertambah, bertambah pula sikap tawadhu’, rasa takut, kehinaan, dan ketundukannya di   hadapan Allah Ta’ala.
3 - Dia tidak berbangga-bangga dengan ilmu yang dimilikinya.



DOA ANAK YANG SOLEH

Selain dari doa anak anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya, doa antara sesama kaum muslimin pun bermenfaat untuk si mati. Ini berdasarkan kepada dalil berikut : Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”. Al-Hasyr ayat 10.
Mengenai doa anak yang soleh/solehah Insya’Allah doa akan bermenfaat jika anak2 itu bersolat.Kalau tak solat pasti doa itu tak akan diterima sebab solat itu tiang agama, tidak diterima segala amal kebaikan jika tidak bersolat termasuklah doa. Jadi usahakanlah supaya anak anak kita terdiri dari golongan orang orang yang mengerjakan solat.


PESANAN TERAKHIR

Sahabat-sahabat yang sudi membaca, ingatlah mati itu pasti. Have you prepared? Bersediakah kamu dengan 3 soalan di bawah.



"SIAPA TUHAN KAMU?"

"APA AGAMAMU?"

"SIAPA RASUL KAMU?"

Nampak macam soalan mudah. Tetapi walau sudah dibocorkan di dunia, ramai yang tidak dapat menjawabnya. 

Sekali lagi ana ajukan persoalan yang sama. have You prepared for death?