Thursday 15 March 2012

7 PETALA CINTA





bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. Alhamdulillah dapat lagi aku menghirup udara segar. musim hujan baru sahaja berlalu dan jangan terkejut sangat lah kalau ipoh banjir pun boleh masuk berita. ketentuan Allah . siapa boleh lawan. oke. hari ni aku nak sebut pasal satu perkataan keramat. mat jiwang dan minah novel tentu sekali menyukai satu perkataan iaitu C.I.N.T.A




ya. cinta itu indah. masakan tidak ramai yang mati kerana cinta. cinta yang tidak tenilai harganya boleh menjadi murah sekiranya manusia tidak menggunakan cinta itu dengan sebaik mungkin. ada yang menjual cintanya kepada nafsu. ada yang menjual cintanya kepada iblis dan syaitan. hakikatnya, cinta itu adalah anugerah Tuhan yang besar. dan bagi mereka yang reti menggunakan cinta itu, mereka akan mendapati suatu kelazatan iaitu kelazatan mencari cinta ALLAH.




bagi mereka yang tidak menggunakan dengan sebaiknya, maka ia akan menghanyutkan manusia ke arah yang salah, ke arah yang tragis, maka berlakulah kes lari dari rumah, kes zina, kes rogol , bunuh dan mcam2 lagi lah.....setelah menyesal akan adalah dialog2 sebegini...




siti: mengapa jadi begini? bukan kah cinta itu indah?




ahmad: argh!! aku xperlukan cinta lg dalam hidop aku!!




cinta akan mengheret insan yang lemah ke lembah kehinaan sekiranya tidak bertapak pada asas yang kukuh. ibarat rumah yang melindungi manusia, jika tapaknya tidak kukuh , maka mati lah manusia yang berada di dalamnya. Begitulah cinta, jika tidak diletakkan atas dasar iman, maka bergantilah cinta yang mahal itu jadi cinta yang murah.




CINTA KEPADA ALLAH MEMBUAHKAN CINTA-CINTA YANG LAIN

kita tanpa cinta dari Allah? apa akan berlaku? kita tanpa cinta rasulullah? tidakkah hidup menjadi kaku? daripada cinta berbuah kasih sayang....daripada cinta Allah itu...kita akan belajar mencinta Rasulullah.. dari cinta Allah......kita akan belajar mencintai ibu bapa nya... dari cinta Allah....kita akan belajar mencitai sahabat2 kita...dari cinta Allah..kita akan belajar mencintai suami isteri kita nanti...insyaAllah....

ingat....jangan kita galak mencari cinta yang lain melainkan cinta Allah...kerana cinta Allah sajalah yang membawa kepada kebahagiaan...dunia dan akhirat...ya... ada sesetengah manusia yang suke dok cari cinta lelaki soleh....perempuan solehah...tapi hakikatnya..?? dia sendiri un solat tinggal... quran tah kat mana letak nya? inilah golongan yang melebihkan cinta manusia dari cinta Allah...

ada satu dialog aku nak kongsi...

siti: makk!! macam mane nak cari lelaki soleh ea? nak kahwin ngan laki soleh lah...
mak: kamu siti....kalo nak sangat cari lelaki soleh...pastikan kamu tuh perempuan solehah..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(ANNUR:26)
   
justeru itu...lebihkan lah cinta Allah...jangan fikirkan cinta manusia...jangan fikirkan darjat kita antara2 manusia.. tapi fikirkan darjat kita dengan Allah...? adakah Allah menyayangi anda? tidak mahukah kita cinta Allah? adakah cinta kepada manusia itu lebih bernilai? tidak mahukah kita kelazatan menjadi HAMBA?








BAK KATA HILAL ASYRAF.... MARI MENJADI HAMBA






cinta yang sebenar bahagianya melangkau akhirat...kekal tidak hancur dibawa IZRAIL....cinta sebenarnya terlalu mahal harganya kerana maut sekalipun tidak boleh meragutnya...bahkan cinta itu boleh menembusi alam barzakh...seterusnya mencari tuannya di padang masyar...dan membantu tuannya merentas sirat serta bersama-sama tuannya di dalam syurga selama-lamanya...nah! mana mungkin cinta itu murah kalau cinta itu sendiri boleh membawa kita ke syurga.




carilah cinta hakiki....jangan dicari cinta yang murah cinta duniawi...serikan hidup kita dengan cinta yang mahal..bukan cinta yang murah...

SEKIAN
PEACE :)
AMIN REDZUAN
THE KRIKIKERS SELAMANYA

Wednesday 7 March 2012

TOLONG JAGA TEPI KAIN SAYA





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... Alhamdulillah... dapat lagi menghirup udara Allah yang segar lagi percuma ini... yeah.. memang percuma tapi Allah nk kita laksanakan satu perkara bagi membalas pemberian Allah ini iaitu.... BERIBADAT KEPADA ALLAH...


FIRMAN ALLAH S.W.T.



“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56



suda terang lagi bersuluh...memang kita diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah...tapi apa yang kita lihat ialah ramai manusia mengabdikan diri kepada nafsu... dosa melimpah ruah... ya.. semua manusia pernah melakukan dosa tapi sebaik2 nya manusia itu bertaubat... hari ini aku nak sentuh pasal satu ayat yang selalu digunakan naqib-naqib aku time kat izzuddin dulu... ayat tuh sebelum ayat yg di atas...


FIRMAN ALLAH S.W.T.
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.(adzariyat:55)


memberi peringatan...itulah yang Allah mahukan... kita senantiasa meberi peringatan antara satu sama lain... seperti yang kita tahu manusia itu tidak akan tetinggal dari sifat LUPA.. manusia dalam bahasa arab ialah INSAN... berasal dari perkataan NISYAN yang bermaksud LUPA.... apabila kita terlupa.. mestilah ada seorang perlu mengingatkan.. tetapi... masalah masyarakat islam kat malaysia ni sekarang ialah mereka TIDAK SUKA MENJAGA TEPI KAIN ORANG LAIN..... menggunakan alasan..


joyah : alah..kubur lain2... nak buat ape aku peringat...


azman: buang masa aku je..lantak die lah nk wat ape un... bkn aku un kene seksa..


julia: kalo tegur nanti..kata aku busy body plak... tak pasal-pasal nanti gaduh pula...


jangan nak wat muke terkejot sangat lah kalau anda semua tak pernah dengar dialog-dialog di atas... tidak 'menjaga tepi kain orang ' ialah amalan islam yang SALAH dan boleh dibidas sama sekali dengan firman Allah di bawah...


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(ALIMRAN:104)


Memberi peringatan atau dalam erti kata lain menjaga tepi kain orang itu sendiri ialah perintah dari Allah... jadi  apabila anda ditegur.. didakwah... anda jangan maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat... dan yang paling panas ialah menggunakan perkataan 'BAJET APE ENTAH NAK TEGUR AKU'...


anda kena lah faham..kalau ada seorang sahabat tu memberi peringatan kepada kita..... kita kene terima .. sebab ape?? sebab dah memang itu perintah dari Allah laaa..... dialog yang selalu keluar dari manusia yang belum mendapat hidayah ialah....


ahmad: kau jangan nak tunjuk baik sangat lah... perangai un tak berape betol lg.. nak tegor2 orang. ptuih!


mohamad: eleh...tegor orang konon... ingat nanti kubur lain2... pandai2 lah aku bertaubat nanti..


siti: betolkan diri dulu baru tegor orang...kaw ingat kaw blaja agama kaw hebad??


anda pernah dengar dialog2 di atas? aku pun da biasa dengar...dan alasan yang tidak asing lagi ialah mengatakan patutnya yang menegur dia tuh orang nye baik... bak malaikat... takkan ada dosa langsung..


KALAU NAK TUNGGU ORANG TARAF NABI TEGUR...MEMANG SAMPAI KIAMAT DAKWAH TAK JALAN

bak kata saidina Ali....jangan lihat siapa yang menegur...lihat apa yang ditegur...

tapi kalau kome da tegor 2uh...jangan lah plak kome yang buat...tu namenye HANGAT2 TAHI AYAM...

FIRMAN ALLAH S.W.T.


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!(ASSOF:2)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(ASSOF:3)


aku tak cakap....ALLAH. yang cakap...so cmne nak dakwah secara efektif nieh? bila kite berdakwah.... atau peringat orang lain...niatkan dalam hati... 'teguran ini buat sahabatku dan diriku'...insyaAllah ade berkatnya.. pahala nya... wallahua'lam... aku un tak tahu bapa byak,,tu sume Allah nye hak.. :)


JADI SAHABAT-SAHABAT
MARI SAMA- SAMA PERINGAT
KIAMAT DAH DEKAT
MAUT BILA-BILA BOLEH DAPAT
SUDAHKAH ANDA BERTAUBAT
ASSALAMUALAIKUM... 

PEACE FORM ME :)