Thursday 15 March 2012

7 PETALA CINTA





bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. Alhamdulillah dapat lagi aku menghirup udara segar. musim hujan baru sahaja berlalu dan jangan terkejut sangat lah kalau ipoh banjir pun boleh masuk berita. ketentuan Allah . siapa boleh lawan. oke. hari ni aku nak sebut pasal satu perkataan keramat. mat jiwang dan minah novel tentu sekali menyukai satu perkataan iaitu C.I.N.T.A




ya. cinta itu indah. masakan tidak ramai yang mati kerana cinta. cinta yang tidak tenilai harganya boleh menjadi murah sekiranya manusia tidak menggunakan cinta itu dengan sebaik mungkin. ada yang menjual cintanya kepada nafsu. ada yang menjual cintanya kepada iblis dan syaitan. hakikatnya, cinta itu adalah anugerah Tuhan yang besar. dan bagi mereka yang reti menggunakan cinta itu, mereka akan mendapati suatu kelazatan iaitu kelazatan mencari cinta ALLAH.




bagi mereka yang tidak menggunakan dengan sebaiknya, maka ia akan menghanyutkan manusia ke arah yang salah, ke arah yang tragis, maka berlakulah kes lari dari rumah, kes zina, kes rogol , bunuh dan mcam2 lagi lah.....setelah menyesal akan adalah dialog2 sebegini...




siti: mengapa jadi begini? bukan kah cinta itu indah?




ahmad: argh!! aku xperlukan cinta lg dalam hidop aku!!




cinta akan mengheret insan yang lemah ke lembah kehinaan sekiranya tidak bertapak pada asas yang kukuh. ibarat rumah yang melindungi manusia, jika tapaknya tidak kukuh , maka mati lah manusia yang berada di dalamnya. Begitulah cinta, jika tidak diletakkan atas dasar iman, maka bergantilah cinta yang mahal itu jadi cinta yang murah.




CINTA KEPADA ALLAH MEMBUAHKAN CINTA-CINTA YANG LAIN

kita tanpa cinta dari Allah? apa akan berlaku? kita tanpa cinta rasulullah? tidakkah hidup menjadi kaku? daripada cinta berbuah kasih sayang....daripada cinta Allah itu...kita akan belajar mencinta Rasulullah.. dari cinta Allah......kita akan belajar mencintai ibu bapa nya... dari cinta Allah....kita akan belajar mencitai sahabat2 kita...dari cinta Allah..kita akan belajar mencintai suami isteri kita nanti...insyaAllah....

ingat....jangan kita galak mencari cinta yang lain melainkan cinta Allah...kerana cinta Allah sajalah yang membawa kepada kebahagiaan...dunia dan akhirat...ya... ada sesetengah manusia yang suke dok cari cinta lelaki soleh....perempuan solehah...tapi hakikatnya..?? dia sendiri un solat tinggal... quran tah kat mana letak nya? inilah golongan yang melebihkan cinta manusia dari cinta Allah...

ada satu dialog aku nak kongsi...

siti: makk!! macam mane nak cari lelaki soleh ea? nak kahwin ngan laki soleh lah...
mak: kamu siti....kalo nak sangat cari lelaki soleh...pastikan kamu tuh perempuan solehah..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(ANNUR:26)
   
justeru itu...lebihkan lah cinta Allah...jangan fikirkan cinta manusia...jangan fikirkan darjat kita antara2 manusia.. tapi fikirkan darjat kita dengan Allah...? adakah Allah menyayangi anda? tidak mahukah kita cinta Allah? adakah cinta kepada manusia itu lebih bernilai? tidak mahukah kita kelazatan menjadi HAMBA?








BAK KATA HILAL ASYRAF.... MARI MENJADI HAMBA






cinta yang sebenar bahagianya melangkau akhirat...kekal tidak hancur dibawa IZRAIL....cinta sebenarnya terlalu mahal harganya kerana maut sekalipun tidak boleh meragutnya...bahkan cinta itu boleh menembusi alam barzakh...seterusnya mencari tuannya di padang masyar...dan membantu tuannya merentas sirat serta bersama-sama tuannya di dalam syurga selama-lamanya...nah! mana mungkin cinta itu murah kalau cinta itu sendiri boleh membawa kita ke syurga.




carilah cinta hakiki....jangan dicari cinta yang murah cinta duniawi...serikan hidup kita dengan cinta yang mahal..bukan cinta yang murah...

SEKIAN
PEACE :)
AMIN REDZUAN
THE KRIKIKERS SELAMANYA

No comments:

Post a Comment