Monday 30 December 2013

Azam 2014

assalamualaikum salam bahagia salam 1malaysia.


 *eh silap

(HAPPY NEW YEAR)

"Jangan masuk ke tandas pada pukul 1159 malam tarikh 31 disember kerana anda hanya akan keluar pada tahun hadapan"

Maaf sahabat-sahabat kerana anda terpaksa menelan lawak hambar sedekad tuanya itu. Intro yang hambar bukan?*hambaruddin.

Kalau cerite pasal tahun baru, topik paling panas macam neraka saqar ialah AZAM. Kalau sembang pasal azam nieh, nescaya pokok krismas boleh terbelah dua. Kadangkala ramai berpendapat azam lebih mudah direncana dari dilaksana. Maka tak hairanlah kalau ada yang meletakkan azamnya begini:

"titew tak taw nak ajam ape tahun nieh, so titer ber ajam bahawa titew nak tunaikan ajam titew tahun lepas iaitu mencari tulang rusuk kiri."
STATUS FACEBOOK SI MAMAT HIPSTER

Kenyataan di atas juga merupakan lawak hambar yang makin menghambarkan diri saban tahun. sekian.*korek hidung.


Jadi penting atau tidak azam ni atau hanya menjadi bebanan sahaja untuk bersantai di tahun baru. Andai anda seorang muslim, saya mahu tekankan bahawa azam adalah penting dalam kehidupan seorang muslim. Apa kata Rasulullah SAW?


Sabda Rasulullah saw, "Niat orang mukmin lebih baik daripada amalnya dan niat orang fasik lebih buruk daripada amalnya".

Seringkali kita berazam dan berniat dalam hidup kita, tapi kadang-kadang kita niat kita terbatas disebabkan faktor kesihatan, kesibukan ataupun minyak naik harga.Yelah, niat tuh memang dah ada dah, nak pergi jihad kat palestin,nak pergi menolong sahabat-sahabat muslim kita di Mesir sana, nak pergi Haji, tapi memang susah nak jalankan dan laksanakan. Sebab tu kita sebagai seorang muslim jangan sesekali putus niat dan terus berazam nak buat benda baik.


KALAU KITA DAH BANKRAP DARI AMALAN,
JANGAN BANKRAP DARI BERAZAM DAN BERNIAT
(SHEIKH NURUDDIN AL BANJARI AL MAKKI)




Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)


Jadi sahabat-sahabat, yang nak pasang azam baru, eloklah memasang azam yang baik, InsyaAllah Allah akan perkenankan azam kita dan akan membuka ruang untuk kita memenuhi azam kita. 

(Surah AliImran ayat 159)
tapi, kalau dah niat tuh at least berusaha lah sikit, jangan hangat hangat tahi ayam sudah la.*usha slack



action speaks louder than words.


AZAM ANDA??

Saya tak tahu menahu azam anda untuk tahun 2014, mungkin ada yang nak sambung azam 2013, ada yang nak kahwin, ada yang menaikkan six pad. Ada yang mahu mengacakkan muka dengan pembedahan plastik(orang islam dilarang sama sekali),suka hati andalah apa pun azam anda nak buat. Tapi nasihat saya, azam lah perkara-perkara yang elok, yang boleh mentranformasikan hidup kita ke arah hidup yang lebih baik. Ambillah ibrah atau pengajaran dari tahun 2013. Jadikanlah hari-hari yang lepas sebagai pengajaran untuk hari-hari yang mendatang.Istiqomah dengan azam anda agar mendapat hasil yang baik.


Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang di usahakannya(annajm:39)

Azam Saya??

ehem2,*garu garu rambut,
harap tahun nie 

  • dapat naikkan sikit pointer(azam klise seorang student) 
  • dapat meluaskan dakwah di facebook,instagram dan twitter,(semenjak dua menjak nie makin banyak post2 lagha dan duniawi).


  • dapat menjana pendapatan sendiri agar dapat mengurangkan beban mak dan ayah(dah mula dah pun)


  • dekatkan diri dengan majlis ilmu(bontot makin berat ke pusat islam semenjak awal 2013)


  • bodek lecturer (wajib)

KESIMPULAN


2014, plisss bhe naiss thoo meeeee, ihik2





tiada kena mengena ngan tajuk di atas.

AMARAN: JANGAN SAMBUT MALAM TAHUN BARU ANDA DENGAN BERGULING-2 DI                            HOTEL2 MURAH ATAU HEAD-BANGING DI KONSERT LAKNATULLAH.

Hiburan itu perlu tapi berpada-pada dan tidak merosakkan jiwa. :)









Wednesday 27 February 2013

B.A.N.G.K.I.T.




Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula

Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit!


                                                             dipetik dari lirik lagu Bangkit-DJ Fuzz ft Altimet & Salam

Bangkit! Qiam! Wake up! Bukan hanya digunakan untuk membangkitkan anda dari tidur secara luaran. Tetapi yang perlu kita bangkitkan ialah hati kita. Hati kita sedang lena diulik mimpi duniawi sehingga tak sedar yang kita sedang ketinggalan jauh. Jauh di belakang orang lain. Kita masih memikirkan perkara-perkara remeh temeh. Masih merempat di tepi jalan.  Melacur! Maksiat! Zina! Vandalisme! Ikhtilat !
Lupakah kalian apa tujuan kita hidup di dunia? Apa tujuan Allah mengutus kita sebagai khalifah. Ayuh renungkan!


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ. 
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(adzariyat:56)

Kita sering terlupa. Siapa kita sebenarnya, Hanya seorang Hamba. Tetapi majoriti kita adalah Hamba yang terlena. :( . 


REMAJA

Wahai remaja. Tidakkah kita semua sedar, umat islam sekarang kian tidur lena. Lena dalam kegelapan. Apakah kita masih mahu berdolak dalik lagi. Kitalah pemegang masa depan generasi hadapan. Kitalah yang bakal memenuhi saf-saf hadapan di ruang masjid pada masa hadapan. 

"RELAKS LAH, AKU BARU 19 KOT"

"BUKANNYA AKU MATI ESOK PON"

Fikirkan?! Adakah kita "masih" remaja ataupun "sudah" remaja. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengejar 5 perkara sebelum 5 perkara, masa mudamu sebelum masa tuamu. Remaja. Terkenal dengan perkataan KUAT,SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR,KECERDASAN. Tatkala remaja lah kita mahu mengumpul segala jenis ilmu. Tatkala remaja lah kita mahu mengumpul amalan sebanyak mungkin. Mungkin kah ada hari tua untuk kita? Itu bukan kita untuk tentukan. Rasulullah sendiri menyuruh kita mengejar masa remaja. 

Masa Remaja bukan untuk berfoya-foya. Bukan untuk berbelanja besar. Bukan untuk mencari Cinta Couple yang boleh membawa ke zina. Remaja adalah zaman untuk kita bangkit. Bangkit bagi menawan duniawi dan mendapatkan kemenangan di akhirat kelak. Bangkit !

"semangat sekumpulan remaja boleh meruntuhkan sebuah gunung"
ustaz zulkifli bin ismail
Sultan Muhamma Al-Fateh berjaya menakluk Konstatinopel ketika berusia 21 tahun. kita?

ISLAM PERLU BANGKIT SEMULA

Umat islam sekarang. Kita seakan dibelenggu jahiliyah. Tidak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Sudah hilangkah identiti islam di dunia ini? Sudah hilangkah maruah umat islam? Apa tidak cukup lagi kita dipijak hari-hari. Di ludah Amerika, Diluda Israel, Diludah negara-negara barat. Kita dianggap agama yang mundur. Walhal kita pernah menakluk sepertiga dunia. Kita dianggap agama yang tidak bertamadun. Walhal ilmuwan-ilmuwan islam zaman dahulu pernah mendahului jauh kehadapan berbanding sarjana-sarjana barat. 
Andai Salahuddin Al-Ayubi melihat kita sebegini, apakah perasaa beliau? Andai Sultan Muhammad Al-Fateh hidup semula, tidakkah dia akan menangis siang dan malam. 


Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman


Siapakah lagi selain kita untuk menyambung perjuangan dahulu. Senjata dahulu adalah keris, namun zaman sekarang, keris dalam kepala. Kepala kita perlu di "asah" bagi menghadapi perang psikologi barat masa kini. Adakah Kita masih mahu mengikut telunjuk barat? Masih kehilangan identiti? Adakah fesyen dan trend jahiliyah yang kita agungkan atau fesyen berlandaskan syariah? BANGKIT!

Sekarang, 89 tahun genaplah kita dalam kesengsaraan. Banyak konflik peperangan di Myammar (umat islam rohginya), palestin, Iraq dan sebagainya tiada kesudahan. Negara Arab dan PBB tidak bersungguh-sungguh membantu negara bergolak terutama Palestin. Sebaliknya, negara bukan Arablah yang tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ membantu Palestin terutama dari negara kita. 

Akhir kata, ingatlah selagi kita banyak meninggalkan perintah-Nya, melebihkan hiburan, menjalankan pentadbiran islam tidak sepenuhnya, berpakaian seksi dan tidak bersatu, selagi itulah umat islam hidup sengsara, banyak maksiat bermaharajalela dan palestin tidak akan merdeka. Walaupun kegemilangan islam semula dan merdekanya palestin berlaku apabila turunnya dan wujudnya khalifah semula (yakni imam mahdi & nabi Isa a.s.) tetapi apa salahnya kita bangkit sama-sama!!!!!!!!!!! Ayuhlah bangkit wahai umat islam!!!!!! Bukannya bangkit atas dasar bangsa!!!!!!!!!! Ingatlah 300 juta umat islam sedangkan 15 juta adalah orang kafir (non muslim) di dunia, tak akan pula kita boleh kalah. INGATLAH UMAT ISLAM KUAT DAN BERKUASA DENGAN JIHAD, KETAATAN DAN BERSATU.



Firman Allah "Wahai org2 yg beriman, sahutlah dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kpd kamu kpd perkara2 yg menjadikan kamu hidup sempurna (seruan jihad dan seruan2 agama)..." 24,surah al-anfal.


"Dan tidak henti-hentinya org2 kafir itu memerangi kamu sehingga mrk berjaya memurtadkan kamu dari agamamu jika mrk mampu" dlm surah al-baqarah.


'ISLAM SEKARANG UMPAMA GERHANA,GELAP GELITA,TETAPI SATU MASA PASTI KAN BERCAHAYA,BUKAN TERBENAM DAN GELAP SELAMANYA"


Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya



Dah bersedia untuk bangkit?

Sunday 27 January 2013

We Love U Rasulullah :)



Beberapa hari lepas medan-medan pengicau, mukabuku dan juga Ruangku(myspace) dipenuhi dengan status-status yang memperingati Nabi Muhammad S.A.W sempena Maulidur Rasul. Saya juga tidak ketinggalan memberikan status-status serta kicauan ini bagi meng"hotstuff"kan Nabi Muhammad S.A.W. Bagi mengingatkan betapa hebatnya Baginda Rasulullah.

Hakikatnya adakah post "i lab u rasulullah" ataupun "happy birthday ya rasulullah" itu datang dari hati kita semua atau semata-mata memperoleh LIKE dan RETWEET sahaja?Atau lebih parah kerana tekanan dari pihak-pihak sekeliling. Jeng3, kebabooom!.

Cinta pada Rasulullah bukan hanya terletak di skrin komputer dan skrin Henset Ipongg anda.Bukan terbukti dengan berarak 240KM setiap hari dan memegang sepanduk "KAMI SAYANG MUHAMMAD" sahaja. Tetapi terletak kepada amalan dan penghayatan sirah Rasulullah.

Nak cerita sikit lah kehebatan Habibullah nie. 


Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutallib, semua orang islam kenal dia. Namanya terlalu agung sehingga pihak-pihak barat di sebelah sana hampir mencirit kuning mendengar namanya. Keperibadian first class mengalahkan team Sir Alex Ferguson di EPL. Populariti zaman lampaunya lebih hebat dari geng-geng Super Junior, 4Minutes, dan CN Blue. Keterampilan dan kecantikannya tidak boleh dikalahkan puak-puak Aaron Aziz dan ShaSha Mendoza. Kehebatannya berjihad tidak mungkin ditandingi oleh The Expendables dan Naruto Shippuden. Kejujurannya dan tutur katanya berpuluh kali ganda lagi first class dar SimSimi si burung kuning itu. Hebatnya Baginda berniaga mengalahkan Bill Gates, Dr. Rozmey serta Sifu Aziz Skor A.


CARA MENCINTAI RASULULLAH

Kalau anda mempunyai seorang "bakal imam" atau "bakal penghulu bidadari", bagaimana nak tunjukkan yang kita sayang pada mereka? Antara contoh ialah mendeklamasikan kata-kata jiwang tahap gaban, menghadiahkan bunya kekwa sambil menyanyikan lagu "rindu, rindu serindu rindunya. Bertanya kah khabar , "caring" lah konon.  Senang ceritanya, cinta ini tidak dapat dibuktikan hanya melalui kata-kata manis umpama menanam tebu di tepi gigi.tetapi perlu disertai dengan perbuatan susulan yang hadir terus dari hati.

Jadi, cara paling mudah untuk membuktikan kita betul-betul cinta pada Rasulullah ialah denga mengamalkan sunnahnya. Apa itu sunnah???? Haaa, digalakkan tanya pada ustaz-ustaz bagi yang tidak tahu. Kalau rasa segan silu kucing-mucing dengan ustaz, boleh lah tanya dekat al fadhil ustaz google dan imam yahoo. Saya pasti anda semua pasti akan menemui jawapan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang sunnah-sunnah Rasulullah, digalakkan membeli sebuah buku bertajuk " Syamail Muhammadiyah" atau "Syamail Muhammadi" hasil nukilan Imam Tarmizi. 

Setelah membaca blog Inche Gabbana iaitu angelwearsgucci.blogspot.com, saya baru sedar bahawa ada satu sunnah yang memang ohsem! yang saya sendiri terlepas pandang iaitu, jeng3, Dakwah dan Tarbiyah. Sedar tak sedar Baginda Rasulullah telah menjalankan aktiviti OHSEM! tersebut semenjak Baginda memperoleh wahyu pertama di Gua Hira' sehinggalah Baginda Rasulullah wafat. Dakwah dan tarbiyah Baginda sehingga sekarang terasa kesannya walau berapa ribu tahun sudah baginda wafat. Subhanallah. :)
Sayang kan kalau dakwah baginda tidak disambung? Atotototo.

Satu lagi cara untuk membuktikan kita "miss" dan "love" Rasulullah ialah dengan memperbanyakkan selawat pada nya. Selawatnya berbunyi begini "Solallahu 'ala Muhammad. Solallahu 'alaih wassalam". Rajin-rajin lah ulang 24 juta kali pun takpe. Kalau lagu Justin Bieber anda boleh ulang 45 kali sehari, takkan selawat pun tak boleh? 

FAKTA : TAHUKAH ANDA, ORANG YANG BANYAK BERSELAWAT KEPADA RASULLAH IALAH ANTARA GOLONGAN YANG DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN MUKA BERSINAR-SINAR. :)


KENAPA PERLU CINTA RASULULLAH ?

Tatkala Rasulullah S.A.W (mohon selawat pada Baginda), sedang menghadapi Sakaratulmaut, perkara yang ada dalam minda bersihnya ialah UMATNYA. Berikut ialah kisah ketika nabi Muhammad  wafat.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib UMATKU kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Saat Baginda mahu menghembuskan nafas yang terakhir, Baginda hanya memikirkan nasib umatnya kelak, sehinggakan perkataan akhir yang dilafazkan Rasulullah ialah ummati, ummati, ummati ?!. 

Rasulullah dah korbankan segalanya untuk kita, baginda dikeji, di caci, di maki, dibaling dengan najis, di baling dengan batu, berperang, dan banyak lagi semata-mata untuk kita. Baginda sudah memanifestasikan cinta Baginda kepada kita, masa untuk kita memanifestasikan cinta kita kepada Rasulullah. Ayuh sambung perjuangan Rasulullah. Jadikan baginda sebagai teladan. Jadikan baginda sebagai mentor. 

Tetapi sekarang? Yang dicinta dan dipuja-puja umpama dewa ialah Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, 3 Idiot, Justin Bieber, One Direction dan Ahli-ahli KPOP . Semua berebut mahu menjadi Belieber dan Directioner sehingga kita lupa bahawa kita adalah Allah's Believer. Kita adalah Muhammad's Follower.

Suatu hari Nabi SAW berkata:

“Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku.”

Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini saudara-saudaramu ya Rasullullah?

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merinduikan saudara-saudaraku.”

“Siapa mereka ya Rasullullah?”

Air mata Rasullullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, “Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka."


Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah? Tepuk dada tanya Iman. Assalamualaikum.

*nota kaki : JANGAN HANYA PENUHKAN STATUS DAN TWEET BERKENAAN RASULULLAH S.A.W. KETIKA MAULIDUR RASUL SAHAJA, BIAR BERTERUSAN SAMPAI FACEBOOK JADI CAM MYSPACE.












Friday 11 January 2013

M.A.U.T.

11 JANUARI 2013
TEMPAT: BILIK KULIAH PERDANA 3
MASA : 9 PAGI

Sedang ana sibuk mendengar lecture dari pensyarah Calculus ana, secara tiba-tiba telefon ana berbunyi.

"kring3"

"siapa pulak lah yang hantar mesej nieh" ana bermonolog sendirian.

butang "VIEW" ditekan dan terpampang lah mesej yang membuatkan ana tak senang duduk.mesej berbunyi begini:


"assalamualaikum, doakan kesejahteraan ayah aku yang baru kembali ke rahmatullah.sedekahkan alfatihah kepada beliau..trimas sahabat... dari izzad amir aka ezzo."

Innalillah wa inna ilaihi rajiu'n. Betapa ana rasa kematian itu semakin menghampiri ana hari demi hari. Seakan-akan ALLAH  sedang memberikan peringatan dan teguran kepada ana yang kematian itu boleh tiba dalam bila-bila masa sahaja. Semenjak ana menghabiskan sesi persekolahan semasa disember 2011, seringkali ana dikejutkan kematian sahabat-sahabat handai, ada juga berita kematian dari ahli-ahli keluarga dari sahabat-sahabat ana sendiri. 


MAUT


Teringat sebaris ayat Al-Quran yang sudah lama menghiasi laman minda ini.



Mati, maut, meninggal dunia. Sesetengah orang agak loya dan alergik terhadap perkataan-perkataan sebegini. Apabila disebut tentang kematian, sesetengah orang akan menganggap yang perkataan mati itu lebih relevan untuk orang-orang tua. Walhal maut itu tidak mengenal usia. Tidak kira anda berumur 18 tahun, 19 tahun, 20 tahun, posibiliti untuk anda mati itu ada. Teringat ayat Ustaz Sidek Nor ketika ana mendengar ceramahnya ketika cuti semester yang lepas.

"kita ni tak dijanjikan sesaat pun yang kita akan still bernafas, setiap saat mesti ada posibiliti yang kita akan mati..kalau Allah nak tarik nyawa kita bila-bila masa sekalipun, Allah boleh tarik"


Teringat satu kisah di mana Rasulullah menanyakan kepada para sahabat siapakah orang yang paling bijak di dunia... jawapan-jawapan yang diberikan oleh para sahabat semuanya salah. Maka Rasulullah memberitahu bahawa orang yang bijak ialah orang yang sentiasa  "MENGINGATI MATI".

Jadi?? Adakah anda masih lagi merasakan perkara-perkara duniawi yang lain lebih penting dari mengingati mati? Adakah kita masih lagi terbejat dengan perkara-perkara lain contoh ingin mencari "imam" atau "ketua bidadari" ? Walhal, benda yang patut kita risaukan ialah IMAN kita, supaya kita tidak mati dalam keadaan kafir. Semoga kita mati dalam keadaan ISLAM. Semoga Kalimah terakhir yang kita ucapkan ialah kalimah "aku bersaksi yang tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah"

ANDAI KITA MATI


“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Hadis di atas menerangkan mengenai amalan yang tidak akan terputus walau pun pemiliknya meninggal dunia iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

SEDEKAH JARIAH


Sedekah jariah bermaksud sedekah yang berpanjangan. "Jariah" bermaksud berjalan dalam bahasa melayu*betulkan kalau ada kesalahan. Jadi sebelum kita menghembuskan nafas terakhir, pastikan kita sudah infakkkan harta kita ke jalan yang lurus. Kalau ada saudara-mara kita yang meninggal, pastikan sebahagian harta sepeninggalannya sudah di infakkan bagi sahamnya di akhirat. :)

ILMU YANG BERMANFAAT

Tanda-tanda ilmu seseorang itu bermanfaat ialah :
1- Dia tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya serta hatinya membenci pujian dari manusia, tidak menganggap dirinya suci, dan tidak sombong terhadap orang lain dengan ilmu yang dimilikinya.
2 - Apabila ilmunya bertambah, bertambah pula sikap tawadhu’, rasa takut, kehinaan, dan ketundukannya di   hadapan Allah Ta’ala.
3 - Dia tidak berbangga-bangga dengan ilmu yang dimilikinya.



DOA ANAK YANG SOLEH

Selain dari doa anak anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya, doa antara sesama kaum muslimin pun bermenfaat untuk si mati. Ini berdasarkan kepada dalil berikut : Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”. Al-Hasyr ayat 10.
Mengenai doa anak yang soleh/solehah Insya’Allah doa akan bermenfaat jika anak2 itu bersolat.Kalau tak solat pasti doa itu tak akan diterima sebab solat itu tiang agama, tidak diterima segala amal kebaikan jika tidak bersolat termasuklah doa. Jadi usahakanlah supaya anak anak kita terdiri dari golongan orang orang yang mengerjakan solat.


PESANAN TERAKHIR

Sahabat-sahabat yang sudi membaca, ingatlah mati itu pasti. Have you prepared? Bersediakah kamu dengan 3 soalan di bawah.



"SIAPA TUHAN KAMU?"

"APA AGAMAMU?"

"SIAPA RASUL KAMU?"

Nampak macam soalan mudah. Tetapi walau sudah dibocorkan di dunia, ramai yang tidak dapat menjawabnya. 

Sekali lagi ana ajukan persoalan yang sama. have You prepared for death?