Sunday 27 May 2012

InTo The Battlefield !


My Fellow Friends
After a long holiday after SPM
WE ARE BACK
LET'S MARCH TOGETHER
INTO THE BATTLEFIELD

sahabat : bro? kite nak pegi berjihad  ke ape?
ana : yeah...kita akan berjihad...bersama2... mari ikot saye
sahabat : aku x redy lagi la...mane reti pegang senjata lagi..
ana : always remember.... islamic jihad is not only in the battlefield... we do it with our mind and intelligence.. lets become an ALIM MUJAHID...dengan hanya pen da pensil..kita pasti akan berjaya menakluk dunia

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Yang Esa untuk bernafas pada hari ini dan meberi peluang untuk ana menulis blog ini. Seperti yang kita semua tahu, sekarang ialah musim masuk universiti dan ana sendiri insyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke UITM Bukit Mertajam dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tujuan ana menulis blog ini ialah untuk mengingatkan sahabat-sahabat ana yang kita sebenarnya sedang berjihad. Yeah, kebanyakan orang mengatakan berjihad itu hanya dalam medan peperangan. Marilah kita berjuang dalam medan pendidikan, mengubah nasib umat islam zaman sekarang. Persoalannya, apakah realiti umat islam zaman sekarang?

REALITI UMAT ISLAM DI MALAYSIA
ARAK DAN HIBURAN
SEKS BEBAS
NAJIS DADAH
LUMBA HARAM
PERGAULAN BEBAS
GEJALA SOSIAL

INI LAH REALITI BUKAN FANTASI

NASIB MUSLIM HARI INI

ISLAM JAUH DARI DIRI

DIHANYUT KESERONOKAN DUNIAWI

MARI MULAKAN KEMBARA MENCARI ISLAM SEBENAR



MULAKAN DENGAN MATA PENA

Sudah tidak dinafikan lagi, orang islam di malaysia terutamanya remaja yang bakal memimpin negara kita pada masa hadapan kebanyakannya sudah jauh hanyut dalam dunia hiburan tanpa mengambil peduli ukhrawi yang bakal ditempuhi. Bagaimana dahulu umat islam dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. Hanya bermula dengan sebuah wahyu yang disampaikan Jibrail A.s kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

kisah bermula 1400 tahun yang lalu............ Jibrail memberi wahyu kepada Nabi Muhammad

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan” (ayat 1)
“Menciptakan manusia dari segumpal darah” (ayat 2)
“Bacalah, dan tuhanmu itu adalah maha mulia” (ayat 3)
“Dia yang mengajarkan dengan kalam” (ayat 4)
“Mengajari manusia apa-apa yang dia tidak tahu” (Ayat 5)
(AL-ALAQ 1-5)

Mengimbau kembali saat wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. BACALAH! BACALAH! .....itulah tuntutan pertama yang diwajibkan ke atas umat islam iaitu menuntut ilmu. Yakni Allah menyeru semua umat-umat islam untuk menuntut ilmu bagi memastikan agama islam sebagai agama yang hebat. Tanpa ilmu, islam tidak akan sampai ke pelosok dunia. Oleh itu, semua umat islam diwajibkan menuntut ilmu.

Maka dari wahyu itu, tersebarnya islam ke seluruh dunia dan lahirlah kerajaan islam yang hebat. Lahirnya Khulafa' Arrasyidin. Kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan Bani Abbasiyah. dan yang terakhir Kerajaan Bani Utmaniyah. Kerana lahirnya kerajaan-kerajaan hebat inilah , lahirnya zaman renainsance yang mana pihak barat mencedok ilmu-ilmu dari alim mujahid islam sehingga jatuhnya satu persatu kerajaan hebat ini.


1187 Masihi....

Salahuddih Al-Ayubi berjaya menyatukan umat islam untuk menawan Baitul Maqdis. Pada 1192 Masihi, Eropah menghantar satu lagi pasukan yang lebih besar untuk menawan kembali Baitul Maqdis, tetapi gagal.

1453 masihi....

Sultan Muhammad Al-Fateh menawan konstatinopel. Baginda berjaya menawanya dalam usia 24 tahun. Bagindalah yang dimaksudkan dalam hadis nabi sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu.

Itulah antara sejarah terbesar dalam umat islam. Namun sistem khilafah runtuh pada tahun 1924. Umat-umat islam sedunia seakan-akan kehilangan arah. Sehinggalah ke saat ini.........




"Islam mula tersebar dalam keadaan asing, maka ia akan kembali asing,Maka beruntunglah orang-orang yang asing"(hadis riwayat bukhari)


AKU MELIHAT ORANG-ORANG ISLAM
IBARAT DIGENGGAM BELENGGU ORANG-ORANG KAFIR
AKHIRAT MEREKA LUPUT...DUNIA TERCICIR
BUDAYA JAHIL TIDAK DIAMBIL PEDULI
MELAMPAU-LAMPAU DALAM HIBURAN
KHAYALAN KETERLALUAN
LUAS...LUAS MEMBANJIR
BAGHDAD.....CORDOVA.... ANDALUS....MELAKA....
HILANG....DITELAN ZAMAN
RAMAI ORANG KATA...SEJARAH INI IBARAT PENTAS WAYANG
CERITA-CERITA PANJANG.DIULANG...ULANG KEMBALI
JADI.....TIDAKLAH MUSTAHIL...
UNTUK GILIRAN ISLAM YANG MENDATANG
TAMADUN KITA YANG LAMA DAHULU MENGHILANG
HIDUP SEMULA....KEMBALI SEGAR BUGAR...
TERBENTANG...DI DUNIA YANG LUAS
                                              SAJAK DARI HAMBA ALLAH

 sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (AL HAJJ:40)

 Andainya Allah menolong kamu (tentu sekali) tiada sesiapa dapat mengalahkan kamu dan andainya Dia (Allah) membiarkan kamu, maka siapakah lagi yang mampu menolong kamu sesudah itu? (Oleh yang demikian) orang yang beriman hendaklah bertawakal kepada Allah semata-mata.(ALIMRAN:160)

PERJUANGAN INI BERMULA DENGAN SEORANG
DISAMBUNG PARA SAHABAT
TERSEBAR KE SELURUH DUNIA
UMAYYAH
ABBASIYAH
UTHMANIYAH

di manakah pengganti saidina umar al-khatab?
mana sultan muhammah al fateh alaf 21?
mana penakluk baitul maqdis alaf 21 seperti salahuddin al-ayubi?
di mana wanita-wanita solehah bak saidatina aisyah?
mana pengganti Fatimah Az Zahra'

di bumi baru kita bermula. perjuangan kita untuk agama. umat islam harus bangkit semula. sejarah telah membuktikan ISLAM itu hebat. jangan lupa akan sejarah....belajar melalui sejarah!

those who does'nt remember the past are codemned to repeat it(george santayana)


ARE YOU READY?

INTO THE BATTLEFIELD!

BERMULA DENGAN MATA PENA
MARI KITA MENAKLUK DUNIA


IKHLAS DARI

AMIN REDZUAN
ASSALAMUALAIKUM
PREPARE....GET READY...LET'S MARCH INTO THE BATTLEFIELD

No comments:

Post a Comment