Friday 11 January 2013

M.A.U.T.

11 JANUARI 2013
TEMPAT: BILIK KULIAH PERDANA 3
MASA : 9 PAGI

Sedang ana sibuk mendengar lecture dari pensyarah Calculus ana, secara tiba-tiba telefon ana berbunyi.

"kring3"

"siapa pulak lah yang hantar mesej nieh" ana bermonolog sendirian.

butang "VIEW" ditekan dan terpampang lah mesej yang membuatkan ana tak senang duduk.mesej berbunyi begini:


"assalamualaikum, doakan kesejahteraan ayah aku yang baru kembali ke rahmatullah.sedekahkan alfatihah kepada beliau..trimas sahabat... dari izzad amir aka ezzo."

Innalillah wa inna ilaihi rajiu'n. Betapa ana rasa kematian itu semakin menghampiri ana hari demi hari. Seakan-akan ALLAH  sedang memberikan peringatan dan teguran kepada ana yang kematian itu boleh tiba dalam bila-bila masa sahaja. Semenjak ana menghabiskan sesi persekolahan semasa disember 2011, seringkali ana dikejutkan kematian sahabat-sahabat handai, ada juga berita kematian dari ahli-ahli keluarga dari sahabat-sahabat ana sendiri. 


MAUT


Teringat sebaris ayat Al-Quran yang sudah lama menghiasi laman minda ini.



Mati, maut, meninggal dunia. Sesetengah orang agak loya dan alergik terhadap perkataan-perkataan sebegini. Apabila disebut tentang kematian, sesetengah orang akan menganggap yang perkataan mati itu lebih relevan untuk orang-orang tua. Walhal maut itu tidak mengenal usia. Tidak kira anda berumur 18 tahun, 19 tahun, 20 tahun, posibiliti untuk anda mati itu ada. Teringat ayat Ustaz Sidek Nor ketika ana mendengar ceramahnya ketika cuti semester yang lepas.

"kita ni tak dijanjikan sesaat pun yang kita akan still bernafas, setiap saat mesti ada posibiliti yang kita akan mati..kalau Allah nak tarik nyawa kita bila-bila masa sekalipun, Allah boleh tarik"


Teringat satu kisah di mana Rasulullah menanyakan kepada para sahabat siapakah orang yang paling bijak di dunia... jawapan-jawapan yang diberikan oleh para sahabat semuanya salah. Maka Rasulullah memberitahu bahawa orang yang bijak ialah orang yang sentiasa  "MENGINGATI MATI".

Jadi?? Adakah anda masih lagi merasakan perkara-perkara duniawi yang lain lebih penting dari mengingati mati? Adakah kita masih lagi terbejat dengan perkara-perkara lain contoh ingin mencari "imam" atau "ketua bidadari" ? Walhal, benda yang patut kita risaukan ialah IMAN kita, supaya kita tidak mati dalam keadaan kafir. Semoga kita mati dalam keadaan ISLAM. Semoga Kalimah terakhir yang kita ucapkan ialah kalimah "aku bersaksi yang tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah"

ANDAI KITA MATI


“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Hadis di atas menerangkan mengenai amalan yang tidak akan terputus walau pun pemiliknya meninggal dunia iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

SEDEKAH JARIAH


Sedekah jariah bermaksud sedekah yang berpanjangan. "Jariah" bermaksud berjalan dalam bahasa melayu*betulkan kalau ada kesalahan. Jadi sebelum kita menghembuskan nafas terakhir, pastikan kita sudah infakkkan harta kita ke jalan yang lurus. Kalau ada saudara-mara kita yang meninggal, pastikan sebahagian harta sepeninggalannya sudah di infakkan bagi sahamnya di akhirat. :)

ILMU YANG BERMANFAAT

Tanda-tanda ilmu seseorang itu bermanfaat ialah :
1- Dia tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya serta hatinya membenci pujian dari manusia, tidak menganggap dirinya suci, dan tidak sombong terhadap orang lain dengan ilmu yang dimilikinya.
2 - Apabila ilmunya bertambah, bertambah pula sikap tawadhu’, rasa takut, kehinaan, dan ketundukannya di   hadapan Allah Ta’ala.
3 - Dia tidak berbangga-bangga dengan ilmu yang dimilikinya.



DOA ANAK YANG SOLEH

Selain dari doa anak anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya, doa antara sesama kaum muslimin pun bermenfaat untuk si mati. Ini berdasarkan kepada dalil berikut : Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”. Al-Hasyr ayat 10.
Mengenai doa anak yang soleh/solehah Insya’Allah doa akan bermenfaat jika anak2 itu bersolat.Kalau tak solat pasti doa itu tak akan diterima sebab solat itu tiang agama, tidak diterima segala amal kebaikan jika tidak bersolat termasuklah doa. Jadi usahakanlah supaya anak anak kita terdiri dari golongan orang orang yang mengerjakan solat.


PESANAN TERAKHIR

Sahabat-sahabat yang sudi membaca, ingatlah mati itu pasti. Have you prepared? Bersediakah kamu dengan 3 soalan di bawah.



"SIAPA TUHAN KAMU?"

"APA AGAMAMU?"

"SIAPA RASUL KAMU?"

Nampak macam soalan mudah. Tetapi walau sudah dibocorkan di dunia, ramai yang tidak dapat menjawabnya. 

Sekali lagi ana ajukan persoalan yang sama. have You prepared for death?






No comments:

Post a Comment