Monday 16 July 2012

Akademik Nombor 1 Tetapi Agama Bukan Nombor 2

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Alhamdulillah Allah memberi ana peluang untuk menaip laptop Acer i7 milik ana... Alhamdulillah dapat menghirup angin sepoi-sepoi bahasa di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Sebulan sudah ana meninggalkan rumah untuk menyambung pelajaran ke pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan mekanikal.



MAMAT: kalo tak nombor 2, nombor 3 bole ----> soklan kuang ajo..

what i meant is.... balance kan kedua -dua sekaligus cemerlang di dunia dan akhirat insyaAllah. The first question is WHERE TO START??? Macam mana nak seimbang kan sekaligus supaya tak tercicir agama dan tak tertinggal ibadah?


NIAT

'Setiap Perbuatan dimulakan dengan niat" Hadis Rasulullah...

Antara ayat yang paling ana tak suka ialah.........

ahmad: fulamak!! ramai gila awek cun kat U nieh... harap2 jumpe la jodoh kat cni..!

muslimah : ramai tol laki2 muke K-POP kat sini...nak carilah sorang buat suami

muslim: aku datang U nie sebab rmai membe...senang sket nak melepak...jauh dari rumah.. HAHAHAA

ini antara dialog-dialog yang ana pernah dengar la, kalau antum sume? ada dialog yang lagi best tak? kih300

meh sini ana nak betulkan sikit niat antum2 sume yang sudah lari sikit ni..

WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN, KITA DIHANTAR KE INSTITUSI, POLITEKNIK, KOLEJ, UNIVERSITI, MATRIKULASI, STAM , STPM ATAU GIATMARA BUKAN UNTUK..

ENJOY

CARI JODOH

TIDUR

TETAPI KITA DIHANTAR UNTUK

CARI ILMU

BERJAYA

CARI DUIT HALAL
note kecil: aku x join infinty downline
CONTRIBUTE UNTUK AGAMA =)


 kita sebenarnya sedang berjihad...jadi berjihadlah bersungguh-sungguh

ISLAMIC JIHAD IS NOT ONLY IN THE BATTLEFIELD

AL-QURAN

that awkward moment when we all open the mathematics and physics book everyday but only open the quran once in a week?

'AKU TINGGALKAN KAMU 2 PERKARA DI MANA JIKA KAMU TEGUH BERAMAL DENGANNYA MAKA KAMU TIDAK AKAN SESAT SAMPAI BILA-BILA IAITU ALQURAN DAN AS-SUNNAH'....hadis Rasulullah

memang kewajipan kita sebagai pelajar untuk mengulangkaji pelajaran tiap-tiap hari tetapi jangan lah kita asyik mengejar dunia sehingga lupa saham akhirat. 

SOLAT


Rasulullah s.a.w bersabda :
الصَّلاَةُ عِمَادُ الدِّيْنِ وَمَنْ أَقَامَهَا فَقَدْ أَقَامَ الدِّيْن وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدَمَ الدِّيْن
Maksudnya :    Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendidikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.

memang menjadi lumrah kita sibuk dengan assignment, main game(ana la nieh), kelas-kelas, perjumpaan persatuan tetapi jangan ditinggal solat itu, jika antum meninggalkan solat, ibarat merobohkan agama sendiri. Tak seronok lah kan kalau kita berniat nak majukan agama islam tetapi dalam masa yang sama kita merobohkan agama sendiri =(

PS: bangun awal subuh oiii*peringatang tuk diri sendiri jugaK =='


Jaga Batas Pergaulan


waktu makan

azman: eh lina, jom makan sekali :) kita dok berdua2 jela..

waktu study group

azman: eh lina, jom study together-gether

waktu nak keluar pi JAYA JUSCO

azman: eh lina...jom teman pi jusco jap..
HINDARI IKHTILAT--------> BERHUBUNGAN TANPA BATASAN SESAMA MUSLIM DAN        MUSLIMAH

NOTA KAKI : BILA KAMU BERDUA...PASTI ADA YANG KETIGA... tak payah nak berkepit sesama lelaki perempuan lah ....kat mak takdak pulok wat cmtu an???

AURAT

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(ANNUR:26)


Pakaian boleh menunjukkan identiti kita right? jika anda sebenar-benar islam sejati tidak kira muslim atau muslimah jagalag aurat mu kerana aurat adalah untuk tatapan yang berhak. Jika anda dah menayangkan perhiasan anda kepada semua, tidak ubah seperti emas murah yang ditayangkan dan boleh dipegang-pegang di pasar malam :) ...Ana tekankan perkara ini kepada perempuan kerana aurat perempuan majoritinya ana dilihat diBALUT bukan ditutup. Nak tahu beza Balut atau Tutup? rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka :)

nota kaki : lelaki yang memakai seluar atas lutut ketika bermain futsal tidak dianggap professional oke?

setakat nie sahaja yang ana mampu nukilkan dalam blog nieh,moga-moga Allah memberikan lebih ruang dan waktu kepada ana untuk menulis lagi pada masa yang akan datang insyaAllah


SEKIAN SAHAJA
DARI
AMIN REDZUAN
MECHANICAL-MISSIONARY
UITM PULAU PINANG
FACULTY OF MECHANICAL ENGINEERING
1915 PM
16 JULY 2012

PEACE =)






1 comment:

  1. entri yg sgt sempoi tp bernas.. semoga berjaya dekat uitm

    ReplyDelete