Saturday 18 August 2012

GRADUATION DAY OF RAMADHAN :)





Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dapat lagi aku bernafas di petang yang hening. Ramdhan Al-Mubarak bakal melabuhkan tirainye lagi 3 jam 30 minit dan 30 saat *(xleh blah ade countdown.) dan bermula nya satu lembaran baru iaitu menyambut bulan Syawal iaitu bulan kemenangan islam. (yeaaaay). Wait a minute!*bajet speaking... adakah ini berita buruk ke berita baik untuk kita? Berakhirnya Ramadhan bermakna berakhirnya satu peluang untuk merubah diri, ramadhan dianggap bulan tarbiyah dan syaitan2 dibelenggu dan dicampak ke tengah lautan *(teringat lawak kalao nampak membe muke jahat sket mesti cakap "weh..cmne bole hg tak kene ikat?) *juz kidding.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”

Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.


#mungkin da terlambat nak bagi hadis nie...sori    :(

Seperti yang aku katakan tadi, ramadhan dianggap UNIVERSITY OF TARBIYAH kerana pada bulan ini lah manusia diberi peluang untuk berubah oleh Allah kerana ganjaran pahala dilipat gandakan + syaitan kene ikat. Rugilah mereka yang tidak mengambil sepenuh peluang. :(((((( awww.

SYAWAL : SATU DETIK PERMULAAN

Bermula satu era baru dalam kehidupan*ayat nak gempak saje. Syaitan-syaitan dilepaskan dan inilah masanya mereka ingin menebus segala kekecewaan yang ada apabila dibelenggu di bulan ramadhan. Masa inilah orang-orang yang beribadah dengan sepenuhnya pada bulan ramadhan akan menggunakan MOMENTUM yang ada untuk terus beribadah. Mereka telah berjaya membersihkan jiwa mereka di bulan ramadhan dan akhirnya berjaya membawa diri ke bulan-bulan seterusnya. Itulah yang dikatakan GRADUAN DEKAN UNIVERSITY OF TARBIYAH.*nampak tak permainan nye di situ??

Berhak kah kita beraya? ecey! mestilah semua boleh raya.....KECUALI mereka2 yang tidak puasa habes melainkan perempuan yang dapat ABC....*bukan AIS BATU CAMPUR YEE. ALLAH BAGI CUTI LA ORANG KABO. ...golongan  yang ponteng puasa ni tidak berhak meraikan kemenangan islam bersama-sama kerana mereka sudah lari dari medan perang iaitu puasa* kan orang kabo puasa 2uh jihad melawan nafsu. Mereka2 ini tidak layak sama sekali menerima duit raya *(mcm lah aku dpt) terutama nya duit raya si sang penulis blog. (kalao nak datang umah lah).




PTPTN PON X BAGI AKU DUIT RAYA

To All Students of UNIVERSITY OF TARBIYAH :)

Saya dengan ini ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua penuntut UNIVERSITY OF TARBIYAH yang berjaya meraih DEKAN(x tinggal puasa+tak tinggal terawih), malahan juga dapat melihat ramai yang mendapat 4 FLAT(tidak tinggal puasa + terawih +jumpa lailatulqadar) dan saya ingin menunjukkan respek kepada mereka yang mendapat ANUGERAH NAIB CAUNCELLOR ( tak tinggal puasa + terawih + qiamulail + jumpa lailatulqadar + khatam quran). Oleh itu aku harap sahabat-sahabat semua akan terima seadanya lah POINTER(ganjaran pahala) yang kamu semua dapat tahun ni. Bagi yang kene repeat sem tahun depan sebab tak puasa, aku harap hangpa semua sempat berubah lah sebelum terlambat :) Tu la..sapa suh tak pegi KULIAH( bukak puasa awal) , pastuh ponteng kelas TUTORIAL plak(TERAWIH)... dah la tak STUDY( Baca AlQURAN) .. bila datang TEST(UJIAN NAFSU)....habes kantoi..KIH400



#10 MINIT AKU PIKIR NAK WAT TERM MACAM NIEH...haha
#khas direka untuk budak2 yang masuk U dan Matriks, sorry bebudak sekolah mungkin tak paham lagi term2 macam nieh :)

UCAPAN RAYA :)

Saya di sini berdiri dengan dua kaki sambil menggeletar rupa nak lari ingin*sambil membaca teks las minute MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat bermula dari SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG . SEKOLAH IZZUDDIN SHAH. SBPI GOPENG DAN KEPADA PELAJAR UITM PULAU PINANG YANG MENGENALIKU. Saya juga ingin meminta ampun kepada semua insan-insan yang mengenali diriku ini..sahabat2 handai...adik beradik..guru-guru..lecturer2 dan tukang2 cleaner.

SELAMAT HARI RAYAAA!!!!!!!!!! :))))))

IKHLAS DARI
MOHAMAD AMIN BIN REDZUAN
FUTURE ENGINEER
DA'IE FOREVER












No comments:

Post a Comment