Sunday 18 December 2011

 kebelakangan ni, ramai rakan di facebook kongsi pautan pasal Persatuan Melayu Murtad (PMM) yg diluluskan.. reaksi ku utk rakan FB sekalian:


1) tolonglah jgn mudah terpecaya dgn pautan ini.. khabar angin tentang PMM diluluskan ini sudah tersebar dekat di internet sejak tahun 2007 lagi.. kalau betul sudah diluluskan, kenapa akhbar-akhbar perdana seperti UM dan BH mahupun MalaysiaKini x laporkan apa-apa? Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia belum cukup bodoh nak luluskan permohonan pendaftaran PMM tu.. 


2) Injil telah disebar secara meluas? c'mon la.. Injil yg disebar meluas tu pun terjemahan dalam Bahasa Inggeris je.. org Kristian (Cina & India) pun nak jugak baca kitab mereka.. kalo x boleh diedar, kt mana mereka nak cari kitab suci mereka? setakat ni, KDN belum lagi luluskan terjemahan Injil dlm BM.. adapun Injil di dlm BM hanya ada di Indonesia dan juga belah Kepulauan Borneo.. dan lagi satu, bagiku, kalo Injil diterjemah dlm BM pun xde masalah.. org berilmu akan lagi senang melihat kesalahan dan percanggahan dlm Injil.. 


3) dikatakan dlm gambar di bawah adalah gambar Lina Joy dan para peguam dalam kes murtadnya.. tolong perhati sikit.. gambar tersebut adalah gambar dialog antara agama ataupun Inter-Faith Dialogue yg kebelakangan ini amat famous dlm menjalinkan kerjasama dan persefahaman antara agama. 




4) IFC buat road show besar-besaran dlm menyokong kebebasan beragama? apa yg korg tau pasal IFC? pernah dgr Kumpulan Artikel 11?


IFC (Inter-Faith Commission) berasal dari IRC (Inter Religion Council) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama. 


Ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara. 14 tuntutan IFC tau x? boleh search sendiri kat web.


namun , penubuhan IFC tidak pernah sekali-kali diluluskan oleh kerajaan Malaysia. malah, seluruh NGO Islam bersatu di bawah ACCIN menentang IFC pada tahun 2006 menunjukkan penubuhan IFC tidak sesekali diterima oleh umat Islam walaupun berbeza fahaman politik. semua road show IFC akan disambut penentangan oleh umat Islam, cthnye di P.Pinang (2006). jadi, mustahil la IFC masih lagi buat road show tanpa ada penentangan dari umat Islam?


5) kt bawah nota tu, ade tercatat mengatakan menyebarkan khabar tersebut adalah satu jihad. tolonglah.. ini bukan satu jihad kalo kite duk sebarkan fitnah dan berita palsu. jihad itu adalah jikalau kita kaji kesahihan sesuatu khabar itu dgn ilmu yg kita ada. cmne nak kaji, belajarlah.. aku menghargai jihad kalian apabila kalian hendak sebarkan berita mengenai unsur-unsur hancurkan Islam, tetapi aku lebih hargai jihad jika kalian lebih membicarakan langkah-langkah utk mengatasi unsur-unsur tersebut daripada menghancurkan Islam.


KESIMPULANNYA, rakan-rakan sekalian, apabila hendak sebarkan apa-apa pautan, tolonglah rujuk atau kaji dahulu kesahihannya. jgnlah disebabkan niat baik kita yg hendak sebarkan berita akhirnya menjadi dosa kerana sebarkan fitnah.. ingatlah, antara sebab kenapa agama lain sgt memusuhi Islam kerana sikap penganut itu sendiri yg suka sebarkan fitnah terhadap agama lain.. 




"Sesungguhnya agama yang benar di sisi ALLAH adalah ISLAM" (Ali 'Imran 3:19)





so think before you post!!!!!!
sebarkan bnde nie....can be part of DAKWAH!!

No comments:

Post a Comment